Isnin, 17 April 2017 | 11:57pm

Rashford mampu jadi pemain terbaik dunia


MARCUS Rashford. - Foto EPA

MANCHESTER: Pertahanan Itali, Matteo Darmian menyifatkan rakan sepasukannya di Manchester United, Marcus Rashford mampu menjadi penyerang terbaik dunia.

Ia susulan sumbangan Rashford ketika menewaskan pendahulu liga, Chelsea semalam.

Penyerang muda England itu meledak gol pembukaan United pada aksi di Old Trafford sebelum Ander Herrera melengkapkan kemenangan 2-0 buat pengurus, Jose Mourinho ke atas kelab yang pernah dibimbingnya sebelum ini.

Ia adalah gol kesembilan Rashford, 19, pada musim ini sekali pun mengharungi kempen agak berliku.

"Saya fikir Marcus adalah pemain yang hebat. Dia masih amat, amat muda dan saya fikir dia amat penting kepada kami.

"Dengan kualitinya, dia mampu menjadi salah seorang pemain terbaik dunia, salah seorang pemain yang penting di dunia.

"Saya fikir dia amat bagus dalam setiap permainannya, dia memiliki rembatan yang baik, gerakan, kepantasan.

"Kadang kala sebagai penyerang, adalah normal ada tempoh yang tidak baik namun saya berharap dia terus seperti ini kerana ia membantu pasukan mencapai objektif, " kata Damian.

AFP

168 dibaca
Berita Harian X