Jumaat, 14 April 2017 | 7:20am

Dua beradik rentung


SEORANG daripada mangsa yang rentung, Teo Yun Tiong.

LAWAS: Dua beradik ditemui rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Melusok, Jalan Punang di sini, awal pagi tadi.

Mayat Teo Yun Tiong, 57 dan Teo Yin See, 50-an, ditemui oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam bilik tidur selepas kerja memadam kebakaran selesai.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi JBPM Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 2.19 pagi sebelum sebuah jentera dengan lapan anggota dihantar ke tempat kejadian.

Beliau berkata, setibanya di lokasi pada jam 2.27 pagi, kebakaran sudah memusnahkan kira-kira 70 peratus rumah dua tingkat itu.

"Kami dimaklumkan dua penghuni masih berada dalam rumah berkenaan, namun kami tidak menemui mereka sehingga kebakaran dipadamkan.

"Punca kebakaran masih disiasat," katanya.

224 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »