Khamis, 30 March 2017 | 12:16pm
Samsung menampilkan telefon pintar baharunya Galaxy S8 dan S8+. - Foto AP

Samsung lancar S8


Samsung menampilkan telefon pintar baharunya Galaxy S8 dan S8+. - Foto REUTERS

NEW YORK: Samsung menampilkan telefon pintar baharunya, Galaxy S8, semalam.

Telefon pintar itu dilengkapi dengan bantuan virtual Bixby.

Presiden Perniagaan Komunikasi Mudah Alih Samsung Electronics, DJ Koh, berkata Galaxy S8 dan S8+ menandakan era baharu bagi reka bentuk telefon pintar.

Kedua-dua telefon pintar itu dilengkapi skrin 5.8 dan 6.2 inci, termasuk bantuan digital Bixby Samsung yang dinaiktaraf.

Koh berkata, Bixby akan menyediakan pengguna lebih bantuan peribadi dengan menggunakan arahan suara bagi navigasi aplikasi dan perkhidmatan.

Model telefon bimbit vendor telefon pintar terbesar di dunia itu akan mencabar model iPhone terbaru keluaran Apple.

Pelancaran model itu dibuat selepas Samsung terpaksa menarik balik model telefon Note 7 yang mudah terbakar kerana masalah bateri.

Syarikat itu memohon maaf kepada pengguna dan memanggil semula model berkenaan dan terpaksa menangguhkan pelancaran S8 itu. - AFP

167 dibaca
Berita Harian X