Rabu, 24 Mei 2017 - 8:34AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Aplikasi hiburan AppsMe diperkenal di Malaysia

Oleh Zaidi Mohamad



BARISAN tenaga kuat AppsMe bersama selebriti yang hadir pada majlis pelancaran.

KUALA LUMPUR: AppsMe, satu lagi aplikasi interaktif terkini mula mendapat sambutan hangat pengguna meskipun ia baharu dilancarkan.

Menariknya, ia platform siaran langsung yang memberi peluang kepada pengguna internet mempamerkan bakat mereka sambil menghiburkan khalayak yang pertama kali dilancarkan di Taiwan, tahun lalu.

Di Malaysia, AppsMe dilancarkan malam tadi di sebuah kelab hiburan terkemuka di ibu kota.

Aplikasi milik rakyat Malaysia yang menggunakan bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan Mandarin sebagai pilihan yang disifatkan berbeza dengan aplikasi terdahulu.

AppsMe memberi peluang kepada pengguna untuk berinteraksi dengan penyiar kegemaran mereka.

Pengguna turut berpeluang untuk menikmati persembahan secara langsung di atas platform berkenaan sambil berinteraksi dengan penyiar.

Aplikasi berkenaan yang menyasarkan pengguna berusia antara 16 dan 60 tahun. Selain daripada penyiar tempatan, pengguna turut boleh berinteraksi dengan penyiar dari luar negara.

Mereka boleh memancarkan siaran langsung melalui aplikasi selain berkongsi siaran di platform media sosial lain seperti WeChat dan Facebook.

Individu yang berbeza latar belakang boleh menggunakan aplikasi ini untuk mempamerkan bakat dan berkongsi dengan pengguna pelbagai negara.

"Kami percaya platform ini mampu meningkatkan kewujudan penghibur, bukan sahaja di dalam negara mereka sendiri malah dalam rantau lain," kata Ashlee Pang, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AppsMe.

Pengguna boleh memilih untuk berinteraksi dengan penyiar dari kategori berbeza.

Aplikasi ini menampilkan penyiar dari bidang hiburan hingga ke produk kecantikan dan bidang sukan.

Mereka berpeluang berinteraksi dengan mereka untuk tiga jam minimum satu hari. Ini ialah satu peluang untuk mereka membina dan mempertahan satu perhubungan dua hala antara mereka.

Selain itu, pengguna juga boleh membeli hadiah untuk penyiar yang menjana pendapatan bagi penyiaran.

"AppsMe menawarkan jenis kandungan yang berbeza. Penonton boleh memilih kandungan yang ingin ditonton dan berinteraksi dengan penyiar.

"Ia bukan sahaja kandungan tempatan, tetapi juga kandungan dari pelbagai negara. Ini menyediakan penonton dengan kepelbagaian jenis kandungan" kata Ashlee.

Hadir sama pada majlis pelancaran yang ditaja oleh Admall dan dihoskan oleh Leng Sea itu ialah ialah Tom Zhang selaku Penasihat Bakat Kanan Tesla Asia Pasifik dan Presiden Dapper and International, Benjamin Silverstein.

Memeriahkan lagi majlis ialah pembiaya AppsMe, Marcus Chong dan selebriti tempatan, Harith Iskander, Amber Chia, Fiza dan Cathryn Lee.

Turut hadir selebriti laman sesawang AppsMe dari Taiwan, Sprite and Babe.

Untuk mempelajari dengan lebih lanjut mengenai AppsMe, pengguna boleh muat turun aplikasi ini di Apple App Store atau Google App Store.


Trending

    Disyorkan