Isnin, 27 March 2017 | 5:30pm

40,000 orang dijangka hadiri Mini Agro Johor


PENGARAH Perikanan Johor, Zamani Omar. - Foto Adi Safri

MUAR: Seramai 40,000 pengunjung dijangka menghadiri Mini Agro Johor 2017 yang akan berlangsung di Persiaran Maharani pada 30 Mac hingga 1 April ini.

Pengarah Perikanan Johor, Zamani Omar, berkata penganjuran program ini juga adalah sebahagian daripada acara tahunan dan diadakan serentak sempena sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Katanya, Jabatan Perikanan Johor dipilih untuk menjadi hos utama penganjuran Mini Agro Johor Daerah Muar pada tahun ini.

"Mini Agro Johor ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada orang ramai khususnya golongan belia mengenai perkembangan dan kemajuan teknologi agro makanan yang terdapat di negara ini khususnya di Johor.

"Penganjuran program seumpama ini diharapkan memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat dan melihat sendiri ruang pameran serta jualan produk pertanian dan industri asas tani kelak," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas mengenai Mini Agro Johor Daerah Muar dan Karnival Persiaran Maharani sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Johor di Pejabat Daerah Muar di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Johor, Lokman Ahmad dan Pegawai Perikanan Daerah Muar, Mohd Faris Adman.

Zamani berkata, selain itu beberapa acara menarik seperti persembahan artis terkenal tanah air, pertunjukan kebudayaan, demonstrasi produk, pertandingan khas untuk kanak-kanak dan cabutan bertuah.

165 dibaca
Berita Harian X