Ahad, 26 March 2017 | 12:05am

Kasma takluk Litar Tangkak


PELUMBA muda, Kasma Daniel Kasmayudin. - Foto Fathil Asri

KUALA LUMPUR: Pelumba muda, Kasma Daniel Kasmayudin membuktikan kejaguhannya apabila merangkul kemenangan keduanya dalam kelas perdana CP150 pada Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Litar Lumba Tangkak, Johor, hari ini.

Kemenangan sekali gus memberi keyakinan tambahan buat pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor berusia 17 tahun itu yang akan membuat penampilan pertama di perlumbaan Moto3 CEV Eropah yang dijadual membuka tirai, hujung bulan depan.

Sekalipun mengharungi permulaan kurang sempurna, Kasma melepasi garisan penamat dengan masa keseluruhan 15 minit 14.809 saat (s), tujuh saat mengatasi pemenang tempat kedua, Md Adib Rosley (Motul Zeneos Yamaha YY Pang) yang menamatkan 20 pusingan perlumbaan dengan masa 15:20.996s.

Norizman Ismail (Onexox TKKR Racing) meraih podium pertama buat pasukan yang beraksi buat kali pertama dalam kelas perdana itu dengan masa 15:24.089s selepas bersaing sengit sehingga ke garisan penamat bersama Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ dan rakan sepasukan Kasma Daniel, Abd Muhaimin Roslan.

"Perlumbaan hari ini tidak semudah yang disangka. Walaupun selesa di hadapan, saya terpaksa bekerja keras untuk mengawal tayar disebabkan permukaan litar yang licin dan cuaca yang panas," kata Kasma.

"Tayar tidak begitu mencengkam menyebabkan dan agak mencabar untuk saya mengekalkan kelajuan."

Sementara itu, Adib yang berada di tempat kedua mengakui agak sukar untuknya mengejar Kasma.

"Saya tidak berani untuk cuba merapatkan jurang dengan Kasma kerana terdapat permukaan litar yang sudah rosak dan keadaannya semakin lama semakin teruk. Menyedari pelumba lain jauh di belakang, saya hanya mengekalkan kedudukan sehingga ke garisan penamat," kata Adib.

Pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor meneruskan penguasaan dalam saingan CP115 apabila Mohd Akid Aziz turut meraih kemenangan kedua berturut-turut manakala Mohd Haziq Fairues menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga.

Akid mempamerkan aksi menakjubkan apabila muncul juara dengan masa keseluruhan 11:54.345s sekalipun sedikit ketinggalan pada peringkat awal perlumbaan setelah terjatuh pada pusingan kedua.

Ahmad Syukran Aizat (PETRONAS SPrinta Yamaha-CKJ) muncul naib juara dengan masa 11:56.690s manakala Haziq dengan masa 11:56.787s.

Perlumbaan kelas Wira menjadi milik duo PETRONAS Sprinta Yamaha-AFB Tech, Md Aiman Tahiruddin yang muncul sebagai pemenang selepas menamatkan 15 pusingan perlumbaan dengan masa 9:40.633s, diikuti Md Khairi Asyraf Mahmood, 9:42.552s dan Md Syarifuddin Azman (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) ketiga, 9:46.410s.

Sebahagian pelumba kebangsaan akan beraksi dalam saingan Kejuaraan Motosikal Asia FIM di Pasir Gudang, Johor, 1 dan 2 April ini manakala Pusingan 3 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2017 akan berlangsung di Kemaman, Terengganu pada 5 dan 6 Mei 2017.

Keputusan perlumbaan

CP150

1. Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) Yamaha, 15:14.809 saat (s)

2. Mohd Adib Rosley (SGR) Yamaha, 15:20.996ss

3. Norizman Ismail (SGR) Yamaha, 15:24.089s

4. Ahmad Afif Amran (TRG) Yamaha, 15:24.427s

5. Abd Muhaimin Roslan (SGR) Yamaha, 15:25.214s

Kedudukan Keseluruhan

1. Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) Yamaha, 50 mata

2. Mohd Adib Rosley (SGR) Yamaha, 29 mata

3. Norizman Ismail (SGR) Yamaha, 26 mata

4. Ahmad Afif Amran (TRG) Yamaha, 26 mata

5. Abd Muhaimin Roslan (SGR) Yamaha, 25 mata

CP115

1. Mohd Akid Aziz (KUL) Yamaha, 11:54.345s

2. Syukran Aizat (TRG) Yamaha, 11:56.690s

3. Mohd Haziq Fairues (SGR) Yamaha, 11:56.787s

4. Md Fareez Afeez (JHR) Yamaha, 11:59.374s

5. Nazirul Izzat Md Bahauddin (NSN) Yamaha, 11:59.996s

Kedudukan Keseluruhan

1. Mohd Akid Aziz (KUL) Yamaha, 50 mata

2. Mohd Haziq Fairues (SGR) Yamaha, 36 mata

3. Ahmad Syukran Aizat (TRG) Yamaha, 31 mata

4. Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Yamaha, 26 mata

5. Nazirul Izzat Md Bahauddin (NSN) Yamaha, 20 mata

WIRA

1. Md Aiman Tahiruddin (KUL) Yamaha, 9:40.633ss

2. Md Khairi Asyraf Mahmood (JHR) Yamaha, 9:42.552s

3. Md Syarifuddin Azman (SGR) Honda, 9:46.410s

4. Md Syafieq Aiman (JHR) Yamaha, 9:50.405s

5. Md Daniel Syahmi (TRG) Yamaha, 9:50.613s

Kedudukan Keseluruhan

1. Md Aiman Tahiruddin (KUL) Yamaha, 41 mata

2. Saiful Azhary Muhamad (JHR) Honda, 33 mata

3. Md Danial Syahmi (TRG) Yamaha, 31 mata

4. Md Khairi Asyraf Mahmood (JHR) Yamaha, 28 mata

5. Md Syafieq Aiman (JHR) Yamaha, 26 mata

77 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »