;
Rabu, 15 March 2017 | 8:28am

FMBH 2017 kembali lagi

KUALA LUMPUR: Fiesta Muslimah BH 2017 (FMBH 17) kembali lagi untuk tahun ketiga dengan mencipta kelainan bagi menyuntik kemeriahan menerusi konsep 'Pasar Lokal' yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), bermula 2 hingga 4 Jun ini.

Lebih 100 bazar jualan pelbagai fesyen Muslimah, aksesori, produk kosmetik dan kecantikan di bawah satu bumbung menyertainya dengan aktiviti lebih santai serta meriah seiring sambutan ulang tahun BH ke-60.

Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mahfar Ali, berkata FMBH 17 adalah kesinambungan karnival beli-belah sebelum ini bertujuan mendekatkan BH dengan pembaca.

Katanya, penganjuran ini tepat pada masanya iaitu diadakan pada minggu pertama Ramadan, sekali gus memberi peluang orang ramai membeli keperluan dan membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

"Selain jualan bazar, acara itu turut memuatkan pelbagai aktiviti menarik seperti pertunjukan fesyen, persembahan nyanyian artis terkenal, cabutan bertuah dan jualan 'happy hour'.

Selebriti buka gerai jualan

"Sambil membeli-belah, pengunjung juga berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan selebriti yang turut membuka gerai jualan produk masing-masing," katanya di sini, semalam

FMBH kali pertama diadakan di Zebra Square Kuala Lumpur pada 23 November 2014 berjaya menarik lebih 10,000 pengunjung, manakala kali kedua pula di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE, Kuala Lumpur (24 dan 25 Oktober 2015) yang dikunjungi lebih 25,000 orang.

Beliau berkata, penganjuran FMBH sebelum ini berjaya membuka ruang kepada usahawan untuk memperkenal, mempromosi dan mengukuhkan produk Muslimah pada peringkat tempatan, malah melangkaui pasaran global yang jauh lebih besar untuk pempamer.

Pengunjung antarabangsa intai peluang

Katanya, ia turut dikunjungi pengunjung antarabangsa yang turut mengintai peluang untuk memasarkan produk fesyen Muslimah di negara masing-masing termasuk dari Mesir, Singapura dan Brunei.

Justeru, bagi merancakkan FMBH 17, orang ramai dialu-alukan menyertai bazar jualan ini yang pendaftarannya sudah mula dibuka sekarang untuk tempahan.

Mereka yang berminat dan ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai bazar jualan boleh menghubungi Hani Shamsudin di talian 014-6639447 atau e-mel shueelliscomm@gmail.com

79 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »