Sabtu, 4 March 2017 | 9:52pm
JALAN kampung yang dinaiki air banjir di Kampung Seberang Batu Badak Segamat selepas hujan lebat.

126 mangsa banjir Segamat masih di pusat pemindahan


KAWASAN yang di naiki air banjir di Kampung Seberang Batu Badak Segamat selepas hujan lebat. - Foto Ahmad Ismail

JOHOR BAHRU: Sejumlah 126 mangsa banjir masih ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Segamat sehingga 8 malam tadi, berikutan air Sungai Segamat dan Sungai Buloh Kasap yang meningkat akibat hujan.

Mereka adalah daripada 26 buah keluarga di sini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Ayub Rahmat.

Jumlah ini bagaimanapun berkurangan berbanding jumlah pagi tadi iaitu seramai 141 mangsa daripada 31 keluarga.

Beliau berkata, lima PPS berkenaan adalah Balai Raya Pogoh Tengah, Kompleks Penghulu Mukim Pogoh, Sekolah Agama Mukim Jabi, Balai Raya Batu Badak dan Sekolah Kebangsaan Spang Loi.

"Banjir ini berlaku akibat hujan lebat sejak Khamis lalu yang berlarutan hingga ke pagi tadi," katanya dalam satu kenyataan, di sini. - BERNAMA

233 dibaca
Berita Harian X