;
Selasa, 28 Februari 2017 | 11:43pm

KL atasi Kuantan FA di Selayang


PEMAIN Kuala Lumpur, Abdul Manaf Mamat (kiri) berjaya melepasi penjaga gol Kuantan FA, Sheril Anuar Saini (tengah) pada perlawanan liga premier 2017 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. - Foto Osman Adnan

SELAYANG: Pasukan Kuala Lumpur menamatkan badi kekalahan apabila menundukkan Kuantan FA 2-1 pada aksi Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, di sini, sebentar tadi.

Meskipun dikejutkan dengan gol seawal minit ketujuh, The Hawks bangkit untuk mengikat kedudukan menerusi Guillherme de Paula.

Kapten pasukan, Helmi Remeli kemudiannya meledak jaringan kemenangan ketika perlawanan berbaki dua minit.

Kemenangan itu mencerahkan peluang Kuala Lumpur bagi menduduki kelompok lima pasukan terbaik untuk mara ke saingan Piala Malaysia.

132 dibaca
Berita Harian X