Khamis, 23 Februari 2017 | 11:14pm

Ahli Parlimen anti-Islam tangguh aktiviti politik


Geert Wilders. - Foto www.straitstimes.com

THE HAGUE: Ahli Parlimen anti-Islam Belanda, Geert Wilders dan parti berhaluan kanan pimpinannya, Parti Kebebasan (PVV), menggantung semua kegiatan mereka berkuat kuasa hari ini.

Tindakan itu diambil sementara menunggu hasil siasatan selepas seorang pegawai polis ditahan atas tuduhan mendedahkan maklumat mengenainya kepada kumpulan Maghribi.

"Ia berita yang amat membimbangkan. PVV menggantung semua kegiatan awam sehingga segala fakta berhubung siasatan diketahui," kata Wilders menerusi akaun Twitter miliknya ketika semua parti politik di Belanda bersiap sedia menghadapi pilihan raya dalam tempoh tiga minggu lagi.

Wilders yang mencetuskan kontroversi dengan kenyataan anti-Islam, anti-pendatang dan penghinaan yang menimbulkan kemarahan rakyat Maghribi dan Turki, ketika ini menerima perlindungan 24 jam daripada pihak polis. - AFP

133 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »