Selasa, 21 Februari 2017 | 1:31pm

LTdL: Penutupan berperingkat laluan Kuala Berang-KT

KUALA TERENGGANU: Beberapa jalan utama dari Kuala Berang ke Dataran Shahbandar sepanjang 124.8 kilometer akan ditutup secara berperingkat sempena pelumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 peringkat pertama, esok.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Terengganu, Superintendan Abd Razak Hasan, berkata pelepasan pelumba di Kuala Berang bermula pada jam 11 pagi, dijangka memasuki bandar raya ini melalui Jambatan Sultan Mahmud pada jam 1.18 tengah hari dan tiba di Dataran Shah Bandar pada jam 1.30 tengah hari.

Katanya, pelumba kemudian akan berlepas di Pasar Besar Kuala Berang-Kampung Gaung-Kampung Telaga-Kampung Tajin- Kampung Paya Akob-Kampung Bukit Acheh-Kampung Matang-Kampung Kepah-Kampung Tekawang-Kampung Tok Lawit-Kampung Pasir Simpul-Kampung Chapu-Kampung Kuala Jeneris-Kampung Pasir Dula-Kampung Basung-Gerdong-Pelong-Kampung Langkap-Kampung Sungai Tong.

"Pelumba akan memasuki Kampung Belara-Kampung Pakoh Jaya-Kampung Sungai Ikan-Kampung Gemuruh-Kampung Bukit Guntung-Kampung Tepuh-Kampung Bukit Berangan-Kampung Padang Air-Kampung Tok Jiring-Kampung Batu Enam-Kampung Pak Katak-Kampung Tebuak-Jalan Kemajuan-Jalan Cerong Lanjut-Jalan Sultan Omar-Jalan Sultan Ismail- Jalan Sultan Mahmud-Jalan Persinggahan-Jalan Sultan Zainal Abidin dan tiba di Dataran Shahbandar.

"Pelumba akan melakukan dua pusingan dalam bandar raya ini membabitkan sejauh 23 KM di Jalan Pasar Payang-Jalan Kota-Jalan Kampung Daik-Jalan Masjid Abidin-Jalan Sultan Ismail-Jalan Balik Bukit-Jalan Hiliran-Jalan Tok Ku-Jalan Kemajuan (Bersambung dengan laluan masuk perlumbaan - 5.4km dari garis Tamat)-Jalan Cerong Lanjut-Jalan Omar-Jalan Sultan Ismail-Jalan Sultan Mahmud-Jalan Persinggahan-Jalan Sultan Zainal Abidin dan jangka tiba di garisan penamat di Dataran Shahbandar Kuala Terengganu jam 2.01 petang.

"Jalan terbabit ditutup secara berperingkat dan akan ditutup sepenuhnya 30 minit sebelum peserta pelumbaan melaluinya," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Abd Razak berkata, pengguna jalan raya dinasihatkan merancang masa yang sesuai untuk berurusan di kawasan terbabit dan digalakkan menggunakan laluan altenatif bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di laluan pelumbaan.

Beliau meminta orang ramai mematuhi segala arahan polis bagi memastikan keselamatan pelumba dan pengguna.

"Pengguna dari kawasan Gong Badak-Batu Rakit dan Batu Enam yang ingin ke pusat bandar dinasihatkan melalui Jalan Manir-Durian Burung bagi mengurangkan kesesakan di Jambatan Sultan Mahmud.

"Kita juga menasihati pemilik atau penternak supaya mengurung haiwan peliharaan masing-masing bagi mengelakkannya berkeliaran di atas jalan raya yang membabitkan laluan kejohanan," katanya.

104 dibaca
Berita Harian X