;
Rabu, 8 Februari 2017 | 10:07am

2 maut kereta terputus dua


KEADAAN kereta yang terbabit kemalangan di Jalan Seremban-Kuala Pilah, di sini, tadi. - Foto ihsan Bomba

SEREMBAN: Dua lelaki maut manakala empat parah dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Seremban-Kuala Pilah, di sini hari ini.

Ketua Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Pegawai Bomba Kanan II, Zainurin Sharif, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.09 pagi dan bergegas ke lokasi bersama dua jentera serta 16 anggota.

Katanya, sebaik tiba pihaknya mendapati ada dua kereta dipercayai bertembung iaitu Perodua Kelisa yang datang dari arah Seremban dan Perodua Myvi dari arah Kuala Pilah.

"Dua lelaki berusia lingkungan 30-an dari kereta Kelisa maut di lokasi kejadian, manakala tiga wanita dan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an yang menaiki Perodua Myvi, parah, " katanya di sini.

Zainurin berkata, semua mangsa yang parah dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini, untuk rawatan selanjutnya.

402 dibaca
Berita Harian X