;
Khamis, 2 Februari 2017 | 11:12pm

Indeks Dow susut 48 mata dalam dagangan awal hari ini


- Gambar hiasan

NEW YORK: Indeks saham pasaran hadapan Amerika Syarikat (AS) jatuh hari ini, selepas Rizab Persekutuan (FED) hanya memberikan sedikit jangkaan sama ada ia akan menaikkan kadar faedah pada mesyuarat seterusnya, walaupun bank pusat itu memberikan gambaran ekonomi yang kukuh.

Dalam sesi dagangan awal, Indeks Dow e-minis susut 48 mata atau 0.24 peratus dengan 21,675 kontrak bertukar tangan. S&P 500 e-minis pula susut enam mata atau 0.26 peratus dengan 112,227 kontrak didagangkan.

Indeks Nasdaq e-minis turun 17.25 mata atau 0.34 peratus dengan sejumlah 21,834 kontrak.

Dalam kalangan saham yang didagangkan, Facebook menokok 1.4 peratus kepada AS$135.03 dalam dagangan pra pasaran berikutan pendapatan suku tahun syarikat itu yang kukuh.

Saham Shutterfly susut hampir 20 peratus kepada AS$41.50 selepas syarikat pengimejan digital itu melaporkan penyusutan 30.6 peratus keuntungan suku tahunannya.

Sementara itu, saham Mead Johnson melonjak 25 peratus kepada AS$87 selepas Reckitt Benckiser berkata ia dalam rundingan lanjutan untuk membeli pengeluar produk formula bayi itu dengan nilai AS$16.7 bilion. - Reuters

61 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »