Selasa, 24 Januari 2017 | 10:02am

Ringgit mengukuh berbanding dolar


RINGGIT dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat hari ini. - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini susulan sentimen lemah terhadap dolar, kata pedagang.

Katanya, sentimen pelabur terhadap dolar AS berkurangan disebabkan dasar perlindungan yang dicadangkan Presiden Donald Trump.

Pada 9.07 pagi, ringgit didagangkan lebih kukuh berbanding dolar AS kepada 4.4330/4370 berbanding 4.4360/4400 semalam.

Bagaimanapun, ringgit didagangkan lebih rendah berbanding mata wang utama.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1260/1310 daripada 3.1224/1259 dan susut berbanding yen kepada 3.9244/9283 daripada 3.9039/9078.

Ringgit susut berbanding pound British kepada 5.5506/5569 daripada 5.5219/5287 dan lebih lemah berbanding euro kepada 4.7659/7707 daripada 4.7572/7632. - BERNAMA

240 dibaca
Berita Harian X