Isnin, 9 Januari 2017 | 10:29pm

Unit Jaycorp, Solid Destiny meterai kontrak RM16.76j

KUALA LUMPUR: Jaycorp Engineering & Construction Sdn Bhd, unit dengan 60 peratus kepentingan oleh Jaycorp Bhd, memeterai kontrak bernilai RM16.76 juta dengan Solid Destiny Sdn Bhd.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, Jaycorp berkata, kontrak 24 bulan yang dimeterai pada 17 Oktober, 2016 membabitkan pembinaan bangunan pejabat kedai setinggi tujuh tingkat dikenali Spinnaker SOVO di Teluk Likas, Kota Kinabalu, Sabah.

Keluasan lantai kasar projek itu adalah kira-kira 82,408 kaki persegi.

"Ia adalah pembangunan yang baik untuk Jaycorp dan anak-anak syarikatnya dan dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan masa depan kumpulan.

"Jika tiada sebarang masalah, projek itu dijangka siap pada 14 Jun 2018," katanya. - BERNAMA

28 dibaca
Berita Harian X