Khamis, 5 Januari 2017 | 7:57pm

Lima ditahan bantu siasatan insiden bunga api meletup


LETUPAN bunga api pada program Fiesta GEGAR Klang 2016 di Kompleks Sukan Pandamaran di Klang, tengah malam Sabtu lalu. - Foto ihsan pembaca

KLANG: Seramai lima lelaki ditahan untuk membantu siasatan kes letupan bunga api pada program Fiesta GEGAR Klang 2016 di Kompleks Sukan Pandamaran di sini, tengah malam Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Alzafny Ahmad berkata, lima lelaki berkenaan yang berusia dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun ditahan semalam dan awal pagi tadi.

"Empat daripada suspek adalah kakitangan Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan seorang lagi suspek adalah orang awam.


KETUA Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Alzafny Ahmad. - Foto Intan Nur Elliana Zakaria

"Beberapa individu bertindak menyerah diri manakala selebihnya ditahan di sekitar bandar Klang," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, kesemua suspek ditahan reman sehingga 8 Februari ini untuk membantu siasatan.

Seramai 14 penonton cedera apabila bunga api meletup di atas tanah dan terpercik ke arah penonton pada tengah malam sambutan tahun baharu, Ahad lalu iaitu acara kemuncak Fiesta GEGAR Klang 2016 di Kompleks Sukan Pandamaran, Pelabuhan Klang.

129 dibaca
Berita Harian X