;
Ahad, 1 Januari 2017 | 12:51am

100 penunggang motosikal dapat petrol percuma


KETUA Pemuda Umno Parit Buntar, Mua'amar Ghadafi Jamal Jamaludin (kanan) mengisi minyak petrol kepada seorang penerima di Stesyen Minyak Petronas Pusat Bandar, Parit Buntar.

PARIT BUNTAR: Seramai 100 penunggang motosikal menerima petrol percuma disumbangkan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Parit Buntar, Muammar Ghadafi Jamal Jamaluddin di Stesen Petronas Pusat Bandar di sini, malam tadi.

Muaamar Ghadafi berkata, pemberian petrol percuma itu bertujuan untuk mendekati dan menasihati rakyat khususnya golongan muda yang kebanyakannya keluar pada malam tahun baharu.

"Kebanyakan golongan muda akan keluar menyambut dan meraikan tahun baru dengan cara tersendiri.

"Justeru Pemuda UMNO tampil membantu untuk memberikan bekalan minyak dan kalendar 2017 dan pada masa sama kita turut menasihati remaja supaya tidak melakukan perkara yang buruk atau terbabit dalam aktiviti yang tidak sihat seperti lumba haram," katanya ketika ditemui di sini.

Sementara itu, seorang penunggang, Mohd Mukris Abdullah berkata, pemberian petrol percuma dapat meringankan beban ditanggung rakyat golongan sasar sepertinya.

Katanya, beliau berterima kasih kepada Pemuda UMNO Parit Buntar yang peka dan prihatin terhadap kemahuan rakyat.

Berita Harian X