Selasa, 27 Disember 2016 | 10:14am

Ibu Ketua UMNO Bahagian Jempol meninggal dunia

JEMPOL: Ibu kepada Senator Datuk Mohd Salim Mohd Sharif, Zaharah Amat, 84, meninggal dunia di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah, malam tadi.

Zaharah meninggal dunia akibat komplikasi jantung dan paru-paru pada jam 12.30 tengah malam.

Mohd Salim yang juga Ketua UMNO Bahagian Jempol, berkata ibunya dimasukkan ke hospital itu sejak tiga minggu lalu.

"Jenazah emak akan dibawa ke rumah saya di Taman Tuanku Puan Chik, Bahau, dan akan dikebumikan di Tanah perkuburan Islam Taman Tuanku Puan Chik sebelum Zuhur," katanya. - BERNAMA

44 dibaca
Berita Harian X