Isnin, 26 Disember 2016 | 10:34pm

Dihalang naik pesawat, lelaki pandu trak di landasan


Lapangan Terbang Antarabangsa Orlando. - Foto Google

ORLANDO: Seorang lelaki Kanada ditahan selepas memandu kenderaan penunda bagasi melintasi landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Orlando, kata pihak berkuasa.

Jurucakap Lapangan Terbang, Carolyn Fennell memberitahu Orlando Sentinel, kakitangan United Airlines menghalang lelaki itu daripada menaiki penerbangan ke Chicago kerana berkelakuan di luar kawalan.

Fennell berkata, kejadian itu menyebabkan operasi pelepasan pesawat di kawasan berhampiran terhenti seketika tetapi tidak menyebabkan sebarang kelewatan penerbangan.

Lelaki itu kini ditahan Polis Orlando. Pihak berkuasa juga belum mendedahkan namanya. - AP

123 dibaca
Berita Harian X