Isnin, 12 Disember 2016 | 12:08pm
Aaisyah Dhia Rana si jantung hati Che Ta dan Zain. - Foto instagram Cheta

Che Ta belum sedia hamil lagi


11 Disember lalu genap tiga tahun usia perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin. - Foto ihsan instragram Cheta

KUALA LUMPUR: Diam tak diam, semalam genap tiga tahun pasangan selebriti sensasi, Rozita Che Wan dan Zain Saidin mendirikan rumah tangga.

Meneruskan tradisi, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta dan Zain, semalam melakukan sesi fotografi sempena hari istimewa mereka di salah sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Aksi pasangan ini saling tak tumpah seperti baharu berkahwin. Ibu kepada Aaisyah Dhia Rana itu anggun dengan busana rekaan Qudyn Aziz dengan tatarias disempurnakan Syed Dewa.


11 Disember lalu genap tiga tahun usia perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin. - Foto ihsan instragram Cheta

"Rasa macam baharu semalam kami melangsungkan pernikahan. Alhamdulillah, saya mendoakan semoga kebahagiaan ini akan berpanjangan," kata pelakon yang terkenal dengan karakter Kiah Pekasam itu.

Sempat diaju soal anak, Rozita memberitahu BH Online, dia belum terfikir ke arah itu.

"Jika diikutkan, selepas melahirkan Aaisyah, saya diminta hamil lagi. Zain hendak seorang lagi anak yang akan meneruskan legasi keluarga kami. Tapi, jujurnya, saya belum terfikir ke arah itu," katanya.

Sejak hujung minggu lalu, Che Ta sekeluarga menghabiskan masa bersantai di hotel. Che Ta turut meraikan hari lahir anak keduanya daripada perkahwinan pertama, Aniq Ezra yang genap 18 tahun, baru baru ini.

140 dibaca
Berita Harian X