Sabtu, 10 Disember 2016 | 8:59pm

Polis pindahkan penduduk selepas temui bom

JAKARTA: Polis Indonesia terpaksa memindahkan penduduk di sebuah kejiranan dekat pinggir ibu negara, Jakarta, selepas menemui bom dalam satu serbuan disyaki kediaman anggota militan.

Jurucakap polis, Boy Rafli Amar berkata penduduk yang tinggal dalam lingkungan 300 meter dari rumah sewa yang diserbu hari ini itu terpaksa dipindahkan.

Pakar pemusnah bom polis kini berada di tempat kejadian.

Menurut Amar, dua lelaki dan seorang wanita ditahan selepas menemui bom yang tersorok di dalam periuk nasi elektrik.

Katanya, tiga yang ditahan disyaki sebahagian anggota rangkaian militan yang ada kaitan dengan makmal membuat bom yang diserbu bulan lalu di wilayah Jawa Barat. - AP

23 dibaca
Berita Harian X