Sabtu, 5 November 2016 | 12:11am

Cara berlauk sesuai untuk minum petang


ZULFA Zainal Abidin menunjukkan kuih cara berlauk. - Foto Faiz Anuar

GANDINGAN mantap antara pedas cili merah dengan taburan daging dimasak dan menghiasi atas adunan tepung kuih cara, pastinya membuatkan selera ingin mencubanya.

Hidangan ringkas ini lebih sedap jika dihidangkan sebagai minum petang bersama kopi atau teh panas.

Selain rasanya yang memikat, proses pembuatan kuih tradisional ini juga mudah dan sesuai dicuba.

Justeru, bagi isteri atau ibu yang gemar menyediakan hidangan untuk keluarga daripada air tangannya sendiri, bolehlah mencuba resipi ringkas ini.


KUIH cara berlauk. - Foto Faiz Anuar

Enak dimakan

Hanya menggunakan beberapa jenis bahan mudah, termasuk daging, tepung dan acuan kuih anda boleh mencuba resipi kuih cara berlauk dikongsikan oleh penulis blog zulfadreamland.blogspot.my, Zulfa Zainal Abidin. Ia sememangnya mudah dibuat dan enak dimakan.

Menariknya, inti kuih sudah siap dimasak juga boleh diolah untuk dinikmati dengan roti atau atau masukkan dalam telur dadar.

Sekiranya anda bukan penggemar daging lembu boleh juga tukar bahan itu kepada daging ayam kisar, daging kambing kisar atau ikan tuna.


ANTARA bahan bahan untuk membuat laksam di TOKB Cafe, Avenue D Vogue. - Foto Mahzir Mat Isa

Bahan A

Adunan Tepung

- 1 cawan tepung gandum

- 1 biji telur

- 1 sudu kecil minyak masak atau mentega cair

- Garam secukup rasa

- 2 cawan air

- 1 sudu kecil serbuk kunyit

- 2 sudu besar pes kari daging (rempah basah) atau serbuk kari daging

- Sedikit gula

Bahan B (dikisar)

Lauk

- 200 gram (g) daging lembu atau ayam

- 3 bawang besar

- 3 ulas bawang putih

Bahan C - (Hiris halus dan untuk ditabur)

- Bawang goreng

- Daun bawang atau daun sup

- Cili merah

INFO: Tip masak kuih cara

- Penggunaan daging ayam atau lembu segar membuatkan inti lebih enak daripada daging kisar sudah diproses.

- Adunan yang dituangkan tidak perlu terlalu penuh supaya ia tidak melimpah apabila masak dan ditabur bahan-bahan.

- Langkah demi langkah:

1 - Panaskan minyak kemudian masukkan rempah kari.

2 - Tumis hingga pecah minyak. Masukkan bahan B yang sudah dikisar lumat lalu tumis hingga masak.

3 - Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Masak hingga naik bau dan letak tepi lauk itu untuk sejuk.

4 - Kemudian, panaskan acuan cara, dan sapu sedikit minyak. Masukkan adunan dan taburkan lauk, bawang goreng, daun bawang dan cili dipotong halus.

5 - Sekiranya bahagian bawah kelihatan sedikit garing, angkat kuih dan siap untuk dihidangkan.

986 dibaca
Berita Harian X