Sabtu, 1 Oktober 2016 | 12:02am
SHAH ALAM 28 APRIL 2016. Langkah 3 untuk membuat Jus Tembikai Delima di Restoran Warm-Warm Chicken Chop. NSTP/ADI SAFRI

Jus delima tembikai sedap dan banyak khasiat

BUAH delima (pomegranate) yang dipercayai berasal dari India Utara, Pakistan, Iran dan Afghanistan banyak disebut dalam penulisan dan artifak purba sebagai buah mempunyai khasiat kesihatan tinggi.

Buah ini berwarna oren kekuningan, merah ataupun ungu. Isinya pula berwarna merah jambu dan mempunyai biji yang kecil. Rasanya manis berjus.

Buah delima sudah digunakan dalam bidang perubatan di Asia Barat sejak dahulu lagi. Pada masa itu, ia digunakan sebagai tonik untuk menyembuhkan penyakit ringan seperti ulser dan cirit-birit.

Berdasarkan kajian sains, jus delima mengandungi bahan flayonoid dan polifenol iaitu bahan antioksidan yang sangat baik untuk kesihatan dan kandungan serat serta pelbagai khasiat baik kiranya diamalkan setiap hari.

Kurangkan lemak

Buah ini juga popular dalam bidang kecantikan kerana ia mempunyai kandungan yang sangat baik untuk badan. Malah, sudah diamalkan sejak beribu tahun yang lalu.

Pengambilan buah delima dikatakan, boleh melindungi epidermis dan dermis kulit dengan membantu mengembalikan sel kulit dan pembentukan semula tisu badan.

Kajian dijalankan oleh pasukan penyelidik di University of Edinburgh di Scotland pula mendapati, buah delima mempunyai keupayaan untuk mengurangkan lemak yang disimpan di sekitar perut.

Mengambil manfaat buah delima, minggu ini Aura berkongsi dengan pembaca, resipi jus buah delima tembikai yang diilhamkan pemilik bersama dan chef Restoran Warm Warm Chicken Chop, Wan Mohd Haidzar Wan Puteh.

Jus ini bukan saja sedap tetapi berupaya melegakan tekak kehausan dan mudah disediakan.


BAHAN-BAHAN untuk membuat jus delima tembikai. - Foto Adi Safri

Bahan-bahan

Tembikai - 4 potong (dikisar dan dipotong dadu)

Buah delima - 2 sudu besar (dikopek)

Jus Delima - 1 gelas kecil

Air gula - 1 sudu kecil

Ais - 1 mengkuk kecil

Langkah demi langkah

1. Tuangkan ais ke dalam cawan dan diikuti denga air gula

2. Campurkan jus delima


SHAH ALAM 28 APRIL 2016. Langkah 5 untuk membuat Jus Tembikai Delima di Restoran Warm-Warm Chicken Chop. NSTP/ADI SAFRI

3. Masukkan tembikai yang sudah dikisar tadi


SHAH ALAM 28 APRIL 2016. Langkah 4 untuk membuat Jus Tembikai Delima di Restoran Warm-Warm Chicken Chop. NSTP/ADI SAFRI

4. Taburkan buah delima yang sudah dikopek

5. Letak tembikai yang sudah dipotong kecil dan berbentuk dadu

6. Siap untuk dihidang

Info:

Antara khasiat buah delima;

* Mengurangkan batuk.

* Membantu menstabilkan paras kolesterol.

* Membantu merendahkan tekanan darah.

* Mengurangkan risiko penyakit kencing manis.

* Melindungi otak bayi dan ibu mengandung.

390 dibaca
Berita Harian X