Rabu, 24 Ogos 2016 | 11:55am
KUASA tujahan mengujakan. - Foto Azhar Ramli
FORD Focus Titanium+.

Focus Titanium+ lebih fokus


DAYA tujahan Focus Titanium+ amat mengujakan dibantu jentera berprestasi tinggi yang menghasilkan 178 kuasa kuda (hp) pada 6,000rpm selain kilasan 240Nm pada 1,600 hingga 5,000rpm. - Foto Azhar Ramli

SANGAT responsif. Itu perkataan yang paling sesuai BH Auto terjemahkan kepada Ford Focus Titanium+ ketika memandu uji model sedan keluaran pengeluar dari Amerika Syarikat.

Saat pedal minyak ditekan, enjin 1.5L EcoBoost Titanium+ menghasilkan kuasa tujahan yang mengagumkan.

Daya tujahan Focus Titanium+ amat mengujakan dibantu jentera berprestasi tinggi yang menghasilkan 178 kuasa kuda (hp) pada 6,000rpm selain kilasan 240Nm pada 1,600 hingga 5,000rpm.

Saat penulis menekan pedal minyak untuk menukar lorong ketika memandu uji di Lebuhraya Persekutuan, ia sangat responsif dan begitu lancar selain deruman enjin berada pada tahap terbaik dan tidak terlalu bising.

Ternyata benar apa yang digambarkan Ford bahawa enjin EcoBoost benar-benar menawarkan prestasi yang mengujakan lebih-lebih lagi apabila penulis berpeluang memecut laju pada kelajuan lebih 180 kilometer sejam (km/j) ketika melalui Lebuhraya Mex.


DILENGKAPI sehingga enam beg udara. - Foto Azhar Ramli

PADA kelajuan tinggi, Focus Titanium+ masih kekal stabil dan bunyi bising dalam ruang kabin juga sangat rendahA. - Foto Azhar Ramli

Pada kelajuan tinggi, Focus Titanium+ masih kekal stabil dan bunyi bising dalam ruang kabin juga sangat rendah sekali gus menghasilkan pemanduan selesa dan adakalanya penulis tidak sedar kenderaan sudahpun melebihi had laju dibenarkan.

Enjin EcoBoost 1.5 liter empat silinder pada Focus baharu merupakan enjin yang paling berkuasa dalam kelasnya.

Penghantaran kuasa ini dibantu oleh transmisi automatik enam kelajuan SelectShift baharu yang ringan dan efisien.

Sementara paddle shifter yang diletakkan di bahagian belakang stereng memberikan pemanduan sporty yang sebenar.

Dilengkapi sehingga enam beg udara, Focus baharu memberikan pemandu lebih keyakinan bersama pelbagai teknologi bantuan pemandu seperti Enhanced Transitional Stability.

Teknologi itu mampu menjangkakan gelinciran dan bertindak lebih awal untuk mengelak daripada kemungkinan berlakunya masalah hilang kawalan dan meningkatkan ciri Active City Stop.


FORD Focus Titanium+.

Antara yang paling penting ialah sistem ketersambungan di dalam kereta SYNC(TM) 2 generasi terkini Ford. Ia terdiri daripada skrin sentuh warna bersaiz lapan inci yang boleh mengoperasikan telefon, sistem hiburan dan kawalan suhu dengan menggunakan arahan suara yang mudah.

Focus baharu hadir bersama sistem parkir bebas tangan pintar dikenali sebagai Enhanced Active Park Assist.

Sistem itu dibina berasaskan kepada Parallel Park Assist dengan tambahan ciri Perpendicular Park Assist. Sebaik sahaja diaktifkan, sistem itu akan mengimbas ruang parkir di antara kereta-kereta lain.

Selepas ruang parkir dikenal pasti, sistem akan mengambil alih stereng dan membawa kenderaan masuk ke ruang tersebut. Pemandu hanya perlu mengawal gear, brek dan pendikit minyak.

Perpendicular Park Assist menggunakan dua alat pengesan ultrasonik baharu pada bahagian belakang kereta yang juga berfungsi mengaktifkan sistem Park-Out Assist.

Park-Out Assist memudahkan urusan keluar dari ruang parkir selari dengan mengawal stereng. Penulis hanya perlu mengawal brek dan pedal minyak.


FOCUS baharu hadir bersama sistem parkir bebas tangan pintar dikenali sebagai Enhanced Active Park Assist. - Foto Azhar Ramli

Ketika mengundur dari ruang parkir menegak, Cross Traffic Alert menggunakan tiga bentuk amaran untuk memberitahu pemandu sekiranya ia mengesan ada kenderaan yang mendekat, sama ada dari arah kiri atau kanan dengan jarak sehingga 40 meter.

Focus Titanium+ baharu membantu pemandu supaya kekal peka dengan persekitaran mereka melalui ciri Blind Spot Information System (BLIS).

Menggunakan teknologi radar, BLIS memberi amaran kepada pemandu apabila pengguna jalan raya yang lain berada di dalam titik buta dengan menyalakan lampu LED pada cermin sisi.

Ketika memandu di kawasan bandar dengan kelajuan sehingga 50km/j, sistem Active City Stop boleh membantu untuk menghalang berlakunya kemalangan dalam kelajuan rendah.

Menggunakan satu alat pengesan yang dipasang pada cermin utama untuk mengesan kenderaan yang membrek, bergerak perlahan atau berhenti di hadapan, sistem ini akan terlebih dahulu menekan brek secara automatik untuk meminimumkan impak pelanggaran.

INFO:

Ford Focus Titanium+

  • Harga OTR dengan insurans RM144,025.11
  • Enjin 4DR 1.5L EcoBoost Titanium+ I4 Gasoline Turbocharged Direct Injection
  • 6 kelajuan automatik dengan SelectShift
  • 178 hp, 240Nm
  • ABS + ESP dengan HLA
  • Enam beg udara
  • Kemasukan tanpa kunci
  • ISOFIX
  • Active Park Assist
  • BLIS dengan Cross Traffic Alert
  • SOS Post Crash Alert
  • Kawalan Cruise
129 dibaca
Berita Harian X