Sabtu, 13 Ogos 2016 | 10:44am

PM rasmi mesyuarat UMNO Bahagian Tangga Batu


NAJIB diiringi Idris disambut perwakilan UMNO ketika menghadiri majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tangga Batu ke-13 di Banda Hilir, Melaka, hari ini. - Foto Rasul Azli Samad

MELAKA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Hotel Hatten, di sini, pagi ini bagi merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tangga Batu.

Ketibaan Presiden UMNO itu pada jam 10.30 pagi disambut oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka yang juga Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron.

Turut menyambut ketibaan Najib ialah Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil, Tan Sri Mohd Ali Rustam; Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Ketua UMNO Bahagian Jasin, Datuk Wira Ahmad Hamzah; dan Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah, Datuk Wira Abdul Ghaafar Atan.

Perdana Menteri juga dijadual merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jelebu di Kuala Klawang, Negeri Sembilan jam 3 petang.

Berita Harian X