Isnin, 6 Jun 2016 | 3:18pm

Bekas Naib Presiden Maldives kena 10 tahun penjara


BEKAS Naib Presiden Maldives, Ahmed Adeed. - Foto AFP

MALE: Sebuah mahkamah di Maldives mendapati bekas Naib Presiden negara itu bersalah atas satu tuduhan keganasan dengan memiliki senjata api dan dijatuhi hukuman 10 tahun penjara.

Keputusan Mahkamah Jenayah itu dibacakan semalam dalam satu sesi tertutup dan menjadikan Ahmed Adeed sebagai ahli politik berprofil tinggi keempat yang dipenjarakan atas tuduhan keganasan selepas Presiden Yameen Abdul Gayoom pada 2013.

Bekas Presiden Mohamed Nasheed, bekas Menteri Pertahanan Mohamed Nazim dan ketua sebuah parti politik utama, Sheik Imran Abdulla adalah antara individu lain yang bakal dikenakan hukuman penjara dalam tempoh panjang.

Sejak pertuduhan terhadapnya itu, Nasheed diberikan suaka di Britain. Semua kes terbabit dikritik kerana melanggar proses undang-undang.

Dalam pada itu, Adeeb masih berdepan tuduhan cuba membunuh Gayoom dalam satu kejadian yang menyaksikan bot laju presiden terkena letupan, tahun lalu. - AP

415 dibaca
Berita Harian X