Ahad, 1 Mei 2016 | 10:38pm

10 tebusan Indonesia dibebaskan di Filipina


SEPULUH kru kapal Indonesia yang dibebaskan militan Abu Sayyaf diberi makan di rumah gabenor.

ZAMBOANGA: Sepuluh kru kapal Indonesia yang diculik militan Abu Sayyaf dibebaskan di selatan Filipina, hari ini selepas lima minggu dijadikan tebusan, menurut polis Filipina.

Ketua Polis Jolo, Junpikar Sitin berkata, lelaki tidak diketahui meninggalkan 10 kru kapal tunda itu di rumah gabenor wilayah, Abdusakur Tan Jnr di pulau terpencil Jolo.

"Laporan pembebasan mereka disahkan. Mereka ada di lokasi. Saya nampak mereka," tambah Supritendan Sitin.

Mereka diberikan makanan di rumah gabenor dan kemudian dihantar ke Zamboanga dan kini dijangka pulang ke rumah masing-masing. - AFP

61 dibaca
Berita Harian X