Sabtu, 12 March 2016 | 11:35am

Mangsa kem tahanan Auschwitz, kini lelaki tertua dunia


Yisrael Kristal muncul sebagai lelaki paling tua di dunia.

HAIFA: Seorang mangsa yang terselamat daripada kem maut Auschwitz Nazi Jerman kini muncul sebagai lelaki paling tua di dunia, menurut Guinness World Records.

Yisrael Kristal dilahirkan berhampiran Zarnow, Poland pada 1903 dan pernah menyaksikan dua perang dunia sebelum berpindah ke bandar Haifa, Israel.

Guinness World Record berkata, beliau kini berusia 112 tahun dan 178 hari setakat semalam. Lelaki pemegang rekod sebelumnya, Yasutaro Koide dari Jepun maut pada Januari lalu, pada usia 112 tahun dan 312 hari.

Ketika menerima sijil Guinness World Records beliau, Kristal berkata beliau tidak tahu rahsia hidup panjang dan beliau percaya ia ditentukan Tuhan.

"Ada lelaki yang lebih bijak, lebih kuat dan mempunyai paras rupa lebih baik berbanding saya tetapi mereka sudah tiada," tambah beliau. "Apa yang perlu kita lakukan adalah bekerja keras selagi mampu dan membina semula apa yang hilang." - Agensi

52 dibaca
Berita Harian X