Rabu, 24 Februari 2016 | 7:33am

Mars tarik balik coklat di 55 negara


CHOKLAT bar keluaran Mars. - Foto REUTERS

THE HAGUE: Syarikat coklat gergasi, Mars, semalam memanggil balik bar coklat Mars dan Snickers dari 55 negara selepas sekeping plastik ditemui dalam satu bar yang dikesan di kilang mereka di Belanda.

"Setakat yang kami tahu ada 55 negara terbabit," kata Penyelaras Hal Ehwal Korporat Mars Belanda, Eline Bijveld.

Tindakan memanggil semula itu "hanya membabitkan produk yang dibuat di Belanda," di kilang Mars di selatan bandar Veghel.

Tindakan itu dibuat selepas seorang pelanggan menjumpai sekeping plastik merah dalam bar Snickers yang dibeli pada 8 Januari lalu di Jerman. - AFP

213 dibaca
Berita Harian X