Jumaat, 5 Februari 2016 | 9:42am

Kelindan maut lori rempuh belakang treler


SEORANG kelindan maut selepas lori dinaiki merempuh belakang treler di Jalan Subang Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE) berhampiran Plaza Tol Bukit Jelutong, awal pagi tadi. - Foto bomba

SHAH ALAM: Seorang kelindan maut manakala rakannya parah selepas lori yang mereka naiki merempuh belakang sebuah treler di Jalan Subang Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE) berhampiran Plaza Tol Bukit Jelutong, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kemalangan itu kira-kira jam 12 tengah malam, mangsa yang berusia 42 tahun bersama rakannya dalam perjalanan dari Sungai Buloh menuju ke Shah Alam sebelum merempuh belakang treler yang berhenti di lorong kiri.

Akibat kejadian itu kelindan lori warga Bangladesh disahkan maut di tempat kejadian oleh pegawai perubatan, manakala rakannya juga warga Bangladesh berusia 36 tahun parah.

Pemandu dan kelindan treler bagaimanapun dilaporkan tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kemalangan maut itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

"Kami sedang melakukan siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk mengenal pasti punca nahas," katanya.


DALAM kemalangan itu kira-kira jam 12 tengah malam, mangsa yang berusia 42 tahun bersama rakannya dalam perjalanan dari Sungai Buloh menuju ke Shah Alam sebelum merempuh belakang treler yang berhenti di lorong kiri. - Foto bomba

58 dibaca
Berita Harian X