Khamis, 14 Januari 2016 | 3:24pm

Letupan Jakarta: 4 penyerang ditembak mati


ANGGOTA polis Indonesia mengambil tempat ketika mengejar suspek pengebom di Jakarta, hari ini. - Foto AFP

JAKARTA: Polis menembak mati empat suspek militan yang melancarkan serangan bom dan tembakan di ibu kota Indonesia, menurut polis.

Menurut polis, kawasan yang terbabit dengan serangan berkenaan sudah terkawal.

"Kami sudah mengepung seluruh bangunan berkenaan. Kami akan mengisytiharkan keadaan terkawal tidak lama lagi," kata jurucakap polis, Iqbal Kabid, menjelaskan kejadian berbalas tembakan antara penyerang dan polis berlaku dalam pawagam bangunan sama kafe Starbucks diserang. - Reuters

36 dibaca
Berita Harian X