Khamis, 31 Disember 2015 | 2:17pm

10 militan Al-Qaeda dibunuh dalam pertempuran

MANILA: Komando Filipina yang dilatih Amerika Syarikat membunuh 10 militan, yang dipercayai ada kaitan dengan rangkaian Al-Qaeda di pulau selatan.

Jurucakap tentera, Mejar Filemon Tan, hari ini memberitahu, seorang Leftenan antara lapan tentera Filipina yang terbunuh atau cedera dalam pertempuran dengan lebih 300 anggota militan Abu Sayyaf di Pulau Jolo, semalam.

"Pasukan kami sedang memburu Abu Sayyaf yang berpecah kepada beberapa kumpulan kecil sebelum menghilangkan diri ke pedalaman pulau itu.

"Ia sebahagian daripada operasi untuk membebaskan tawanan yang ditahan Abu Sayyaf. Seramai 15 militan turut tercedera dalam pertempuran itu," katanya.

Beliau berkata, militan Abu Sayyaf menahan dua warga Kanada dan masing-masing seorang warga Belanda, Norway serta Jepun.

Bulan lalu, kumpulan itu memenggal seorang tawanan Malaysia, memaksa Presiden Benigno Aquino mempertingkatkan operasi ke atas mereka. - REUTERS

112 dibaca
Berita Harian X