;
Ahad, 13 Mei 2018 | 9:32pm
NASI dalam kambing golek
NASI goreng nanas
SAJIAN makanan laut

Kambing golek sumbat sajian istimewa D'Saji

Nasi disumbat dalam kambing golek (stuffed whole lamb) antara menu istimewa tetamu Restoran D'Saji, Dewan Perdana Felda di ibu negara setiap kali menjelang Ramadan ini.

Nasi ditanak terlebih dahulu sebelum kambing dipanggang bergolek dengan api sederhana hingga mengeluarkan haruman menyelerakan hasil perapan sembilan jenis rempah istimewa.

Itu antara menu utama di D'Saji selepas berpengalaman 20 tahun dalam penyediaan juadah khususnya bagi sajian Ramadan.

Di lokasi itu juga, seramai 40 cef menyajikan pelbagai juadah berbuka puasa bertemakan "Colours of Malaysia' dalam memenuhi selera Ramadan menepati menu sajian warisan Melayu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Zaki Abdullah, berkata menu sajian sepanjang Ramadan semakin popular sejak diperkenalkan pada 1998 di Dewan Merak Kayangan dan terus berkembang sehingga hari ini di lima cawangan restoran.

"Pengalaman menganjurkan program Ramadan meyakinkan kami menyelami selera pengunjung yang menggemari juadah warisan tradisi," katanya.

Selain Dewan Merak Kayangan dan Dewan Perdana Felda, lokasi lain seperti Felda Villa, Restoran Terapung Titiwangsa; Orchard Villa, Gombak; Strand Mall, Kota Damansara dan Cempaka Villa di Bangi.

Di Orchard Villa Gombak dan Cempaka Villa Bangi, juadahnya berbeza dengan memberi fokus kepada masakan 'Malay Authentic & Grill. Lebih 80 jenis juadah mengiurkan menepati selera masakan Melayu asli.

Antaranya, rendang, masak lemak, masak asam, gulai patin tempoyak, kari kambing, kari kepala ikan, daging salai, daging masak lada hitam, daging masak halia, daging masak hitam dan ayam gajus.

D'Saji tidak ketinggalan dalam memperkenalkan khidmat tempahan dalam talian, 'Ramadan Delivery 2U' memudahkan pelanggan dengan pilihan pakej berbuka D'Saji Delivery.

Menariknya pakej ini bermula dengan harga RM300 dan boleh dinikmati antara 12 hingga 15 orang.

"Pakej ini cukup sesuai untuk pelanggan yang menerima tetamu saat akhir, hidangan bersama keluarga atau berbuka di pejabat dengan rakan sekerja.

"D'Saji juga bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam aplikasi carian lokasi makanan dan platform jual beli seperti 11street dan eatigo sebagai khidmat nilai ditambah," katanya.

Info

- Tempahan berbuka puasa semua cawangan D'Saji boleh menghubungi 03-26988302 atau e-mel salesdsaji@felda.net.my.

- Khidmat penghantaran menerusi talian 019-6622525.

629 dibaca
Berita Harian X