Jumaat, 11 Ogos 2017 | 6:22pm

Udang mentega telur masin

UDANG antara hidangan paling digemari kebanyakan penggemar makanan laut, tidak kira apa juga cara masakannya.

Masakan paling sinonim ialah sambal udang. Apa kata ubah selera dengan masakan berlainan, seperti udang mentega bersama telur masin.

Cef Badrul Hisham Shaari dari WP Hotel, Kuala Lumpur, kongsi cara ringkas dan mudah menyediakan hidangan ini yang mengambil masa kurang daripada 20 minit untuk disiapkan.

Ia sesuai dihidangkan untuk lauk tengah hari atau akan malam.

Jika anda mahukan kelainan dalam menyediakan hidangan keluarga, bolehlah mencuba resipi ini.


BAHAN-BAHAN membuat udang mentega telur masin. - Foto Nurul Syazana Rose Razman

Bahan A

* 5 hingga 6 ekor udang harimau atau udang putih

* Tepung jagung

* Minyak untuk menggoreng


BAHAN-BAHAN membuat udang mentega telur masin. - Foto Nurul Syazana Rose Razman

Bahan B

* 1 sudu makan marjerin

* 2 biji cili padi

* 2 biji telur masin (direbus, ambil merahnya dan dihancurkan)

* Daun kari

* Garam

Cara menyediakan

1. Lumurkan tepung jagung pada udang.

2. Goreng dalam minyak yang penuh. Ketepikan.

3. Panaskan kuali. Masukkan majerin hingga cair dan tumis cili padi, bersama daun kari. Masukkan garam dan telur masin.

4. Biarkan sehingga bahan berbuih. Kemudian masukkan udang. Kacau seketika.

5. Sedia untuk dihidangkan

Info
Khasiat udang

  • Memenuhi keperluan protein tubuh.
  • Sebagai antioksidan.
  • Kaya dengan vitamin D, B12 dan Omega 3.
  • Mampu mencegah penyakit anemia.
  • Membantu pembentukan sel darah merah.
  • Melindungi kesihatan kulit.
  • Mencegah penyakit pellagra (kulit bersisik).


CEF Badrul Hisham Shaari bersama udang mentega telur masin. - Foto Nurul Syazana Rose Razman
350 dibaca
Berita Harian X