Ahad, 16 September 2018 | 10:05pm
WARGA Malaysia menyambut Hari Malaysia di New Zealand.
MAJLIS sambutan Hari Malaysia diadakan di Auckland Domain, Auckland.
SAMBUTAN Hari Malaysia di New Zealand disambut dalam suasana muhibah dan meriah.
BERMAIN congkak dalam sambutan Hari Malaysia di New Zealand.

Warga Malaysia di Auckland sambut Hari Malaysia

KUALA LUMPUR: Tinggal berjauhan, tidak menghalang warganegara Malaysia yang kini menetap di New Zealand menyambut Hari Malaysia.

Anak Malaysia di New Zealand (AMNZ) menganjurkan majlis sambutan Hari Malaysia dengan mengadakan pelbagai program termasuk permainan tradisional.

Majlis yang diadakan di Auckland Domain, Auckland bermula jam 9.30 pagi itu dimulakan dengan acara menaikkan bendera dan menyanyikan lagu NegaraKu.

Wakil AMNZ, Rasli Ramlan berkata, tujuan majlis adalah berkumpul bagi merapatkan lagi hubungan antara Anak Malaysia di New Zealand dalam suasana muhibah dan meriah.


WARGA Malaysia menyambut Hari Malaysia di New Zealand.

SAMBUTAN Hari Malaysia di Auckland ini bagi menyuntik rasa kasih dan cinta kepada tanah air sesuai dengan semangat Malaysia baharu.

MAJLIS sambutan Hari Malaysia dengan mengadakan pelbagai program.

Katanya, majlis itu juga bagi menyuntik rasa kasih dan cinta kepada tanah air sesuai dengan semangat Malaysia baharu.

"Lebih 200 peserta turut serta untuk program kali ini. Menarik kita bermain permainan tradisional seperti galah panjang, batu seremban, congkak dan baling selipar," katanya.

Turut bersama memeriahkan majlis, warga kerja GQ Fitness yang beroperasi di Putrajaya dan Nilai yang kini berada di Auckland menyertai acara ‘Boxing Combat’ dengan alunan irama patriotik Malaysia.

Bagi membangkitkan kecintaan kepada negara, hidangan makanan juga adalah makanan Malaysia seperti nasi lemak, pisang goreng dan kuih muih.


WARGA Malaysia menyambut Hari Malaysia di New Zealand.

385 dibaca
Berita Harian X