Isnin, 6 Ogos 2018 | 11:23am
PELANCONG merasai pengalaman kehidupan masyarakat Melayu di Kg Morten Melaka.

Kampung Morten hidupkan semangat Melayu

SELAIN Kampung Portugis dan Baba Nyonya yang menjadi destinasi wajib kunjungan ke Melaka, ramai yang mungkin terlepas pandang dengan lawatan budaya yang memaparkan seni budaya dan adat resam masyarakat Melayu di negeri Laksamana Hang Tuah itu.

Inisiatif Persatuan Sahabat Muzium Melaka (PSMM) sejak 2016, memperkenalkan pakej Kampung Morten Melaka Culture & Heritage Tour dalam kalangan pelancong sehingga Disember ini secara percuma.

Pelancong dalam dan luar negara boleh menikmati pakej lawatan, merasai pengalaman dan menambah pengetahuan berkaitan masyarakat Melayu.

Yang Di Pertua PSMM, Shaukani Abbas, berkata konsep lawatan memberi fokus memberi pengalaman lebih menarik kepada pelancong yang bertandang ke negeri berkenaan.

"PSMM melalui Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mendapat geran dari kerajaan negeri Melaka untuk melaksanakan program itu sejak 2016 dan mendapat sambutan yang sangat baik dari pelancong luar negara terutama dari Eropah, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia.

"Ramai pelancong tidak melepaskan peluang mengunjungi Kampung Portugis dan menyelami kehidupan Baba dan Nyonya, namun kita sendiri terlepas pandang untuk mengangkat budaya dan adat resam masyarakat Melayu.

PELANCONG merasai pengalaman kehidupan masyarakat Melayu di Kg Morten Melaka.

"Sejak diperkenalkan pakej jelajah Kampung Morten Melaka Culture & Heritage Tour percuma, pelancong yang pulang ke negara asal mereka pasti akan menceritakan pengalaman baru mereka kepada rakan dan terbukti kita menerima pelancong dari negara yang sama datang selepas diberitahu rakan mereka sebelum ini," katanya.

Lawatan sekitar Kampung Morten selama 30 minit membabitkan 20 pelancong untuk sekali lawatan, setiap tiga kali seminggu, iaitu pada Isnin, Rabu dan Jumaat.

"Antara aktiviti yang disediakan untuk pelancong seperti melihat seni bina rumah Melayu Melaka, membuat kraftangan rumah mini, mempersembahkan sukan tradisional seperti sepak raga, mengenakan pakaian tradisional Melayu iaitu sarong, menaiki beca, menikmati makanan seperti Asam Pedas, nasi lemak dan banyak lagi aktiviti lain," katanya.

Meskipun pakej lawatan ini berakhir penghujung Disember ini, namun pihaknya akan memastikan pelancong akan tetap dapat merasai pengalaman berharga itu, mulai tahun depan.

"Walaupun kerajaan negeri tidak lagi menyediakan geran untuk pakej itu, namun PSMM akan tetap meneruskan program ini percuma seperti biasa tetapi turut menyediakan ruang untuk menerima sumbangan daripada pelancong yang mahu mengikuti pakej lawatan berkenaan," katanya yang turut mengalukan tajaan daripada pihak korporat.

710 dibaca
Berita Harian X