Sabtu, 7 April 2018 | 9:57am

Festival GegaRia buka tirai di Seremban

SEREMBAN: Festival GegaRia 2018 #KitaOK kembali lagi hari ini di lokasi keenam, Dataran Centrio di sini, dan tentunya akan menyajikan pelbagai kegiatan menarik buat pengunjung.

Membuka tirainya dengan persembahan senaman zumba yang disertai 800 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat, senaman selama sejam bermula jam 8.30 pagi tadi diketuai oleh jurulatih kecergasan Izzat Zin.

ANTARA pengunjung yang menyertai aktiviti senam robik dan zumba sempena Gegaria Fest di Pusat Dataran Centrio Seremban 2. - Foto Zunnur Al Shafiq

Festival gaya hidup dan hiburan terunggul anjuran Media Prima Berhad (MPB) itu boleh dikongsi melalui hashtag #gogegaria #gegariafest #festivalgegaria.

Seperti edisi sebelum ini, festival ini turut dibahagikan kepada lima zon utama iaitu Zon Makan-Makan, Zon Throwback Tunnel, Zon Gaya Hidup, Zon Komuniti dan Zon Hiburan.

Sepanjang sehari penganjurannya, festival kali ini menampilkan beberapa artis terkenal seperti Elfira Loy, Wani Kayrie, Awal Ashaari, Scha Alyahya, Izzue Islam, Waris, Kugiran Masdo, Bunkface, Aiman Tino dan ramai lagi.

234 dibaca
FESTIVAL GegaRia 2018 Seremban membuka tirainya pagi ini dengan persembahan senaman zumba yang disertai pelbagai lapisan masyarakat di lokasi keenam, Dataran Centrio Seremban. - Foto Iqmal Haqim Rosman

Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »