Sabtu, 12 Mei 2018 | 10:55am

Kentang sumber karbohidrat

Kentang antara bahan yang kerap digunakan dalam hidangan sama ada masakan Barat, Cina, India atau Melayu mengikut jenis menu disediakan.

Malah, dianggarkan lebih satu bilion penduduk dunia menjadikan kentang sebagai menu utama harian mereka.

Namun, ada sebilangan individu mengelak makan kentang. Mungkin disebabkan ramai beranggapan kandungan karbohidrat dalam kentang menyumbang kepada pertambahan berat badan.

Tanpa disedari tindakan itu merugikan mereka kerana kentang mempunyai sumber karbohidrat yang di dalamnya kaya dengan pelbagai zat makanan.

Jurnal Nutrition Today melaporkan, diet seimbang mengandungi makanan kaya karbohidrat semula jadi seperti padat dengan nutrien, berupaya menambah baik prestasi fizikal.

Kajian terdahulu membuktikan karbohidrat penting untuk prestasi fizikal dan mental yang optimum, kaya mikronutrien sesuai untuk mereka yang aktif bersukan.

Kentang sebagai sajian harian berkhasiat dan menjadi sumber tenaga dalam memperkasakan mereka yang aktif terutama atlet.

Jurulatih Kecergasan, Kimberly Yap, berkata kentang menjadi pilihan atlet yang menggantikannya dengan pengambilan karbohidrat lain sebagai sumber tenaga utama.

Beliau yang juga pemenang pingat emas sukan triatlon pada dua temasya Sukan SEA, berkata sebagai ahli sukan masing-masing mementingkan berat ideal dengan mengamalkan diet seimbang.

"Kentang membekalkan karbohidrat, kalium dan tenaga yang perlukan tubuh. Khasiatnya jauh lebih baik berbanding makanan daripada sumber karbohidrat lain. Makanan tinggi tenaga ini mempengaruhi prestasi sukan kategori kompetitif.

"Kentang kaya dengan zat besi, vitamin C dan serat yang diperlukan tubuh," katanya pada majlis pelancaran produk kentang dari Amerika Syarikat bertemakan 'Power Up With USA Potatoes' di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran Potatoes USA, Sarah Reeca berkata, kentang dipilih sebagai makanan terbaik bertenaga tinggi dalam menu diet atlit terutama bagi acara lasak.

Sarah berkata, pakar pemakanan memilih menu berasaskan kentang untuk atlet peringkat global. Menu ini diputuskan pada acara Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 di Korea Selatan, pada hujung tahun ini.

INFO: Perbandingan khasiat

  • 100 gram (gm) nasi mengandungi 0.3 miligram (mg) zat besi, kentang pula mengandungi 0.8 mg iaitu lebih tinggi.

  • 100 gm pisang mengandungi sebanyak 358 mg kalium, lebih rendah berbanding kentang dalam kadar berat sama, iaitu mengandungi sehingga 535 kalium.
  • Kentang mengandungi 620 miligram kalium
  • Lebih banyak kalium berbanding pisang saiz sederhana
  • Tanaman makanan ketiga paling penting di dunia selepas beras dan gandum.
  • Ditanam di 125 negara
  • Mengandungi nutrien penting diet
  • Kalium, vitamin C dan serat pemakanan utama.
  • Nutrien dalam kentang mengelakkan tekanan darah dan kesihatan usus.
  • 180 cef menyediakan 7,000 sajian dengan kentang sebagai antara menu utama atlet di sukan Olimpik PyeongChang 2018

716 dibaca
Berita Harian X