Isnin, 11 Disember 2017 | 11:28pm
ANTARA kucing import milik Mohamad Andy. - Foto Khalid Latip
SHARIFAH Nur Yasmin Wardina memberi makan kucing mereka. - Foto Khalid Latip
MOHAMAD Andy dibantu adiknya, Sharifah Nur Yasmin Wardina memandikan kucing mereka. - Foto Khalid Latip

Belanja besar demi kucing

SARIKEI: RM32,000! Itu jumlah wang dikeluarkan seorang guru, Mohamad Andy Hadzran, 26, hanya untuk membeli empat ekor kucing eksotik selepas `tertawan' dengan keletah dan rupa haiwan manja itu.

Kucing seperti eksotik seperti Flat Face, British Short Hair, Scottish Fold dan Maine Coon antara jenis kucing yang dimiliki Mohamad Andy, selepas minat terhadap haiwan comel itu bermula sejak ibunya membawa pulang seekor kucing terbiar untuk dipelihara.

"Saya anggap kucing yang dipelihara seperti rapat seakan adik beradik. Malah, kasih sayang terhadap kucing turut dikongsi bersama abang, Zulkhibri Ayub, 32 dan adik, Sharifah Nur Yasmin Wardina, 13.

"Pada awalnya, saya bukanlah seorang yang berminat memelihara kucing, namun ia bermula selepas ibu membawa pulang 'Berger'. Sejak itu, minat terhadap kucing tidak pernah lekang dalam hati saya," katanya ketika ditemui BH, di sini.

Mohamad Andy berkata, ketika ini beliau memelihara 18 ekor kucing di rumahnya.


BAKA Scottish Fold milik Andy yang jarang diperolehi dan pernah memenangi pelbagai anugerah. - Foto Khalid Latip

ZULKHIBRI membelai kucing kesayangannya. - Foto Khalid Latip

Katanya, walaupun kucing hanya sekadar haiwan, ia adalah ciptaan tuhan yang perlu dilayan dengan baik dan kerana itu, beliau membelanjakan purata RM700 sebulan untuk membeli makanan.

"Saya mampu menghabiskan masa berjam-jam sehari semata-mata mahu memastikan semua kucing dipelihara berada dalam keadaan baik, terutama dari segi tahap kesihatannya. Perasaan kasih sayang terhadap kucing membuatkan saya tidak terlalu memikirkan soal wang," katanya.

Mohamad Andy berkata, kesibukan menjadi pendidik tidak bermakna haiwan comel itu dibiarkan begitu sahaja tanpa ada jalinan perhubungan.

"Selain sifatnya kucing saya yang unik, kucing import juga gemar memanjakan diri dengan tuannya. Meluangkan masa bersama kucing sebenarnya mampu mengurangkan tekanan," katanya.


MOHAMAD Andy sanggup berbelanja besar untuk memiliki kucing eksotik. - Foto Khalid Latip

ZULKHIBRI dan ibunya, Rahmah Jaapar bersama kucing peliharaan mereka. - Foto Khalid Latip

Katanya, selain menyediakan tempat tinggal bersesuaian, makanan berkhasiat perlu disediakan mengikut diet masing-masing.

"Suntikan vaksin juga diperlukan bagi mengelak kucing berdepan serangan penyakit berbahaya seperti virus parvo," katanya.

INFO

  • Antara kucing dibela, Flat Face, British Short Hair, Scottish Fold dan Maine Coon.
  • Menyediakan tempat tinggal bersesuaian dan memberikan makanan berkhasiat.
  • Memberi suntikan vaksin bagi mengelak terkena virus parvo.
Berita Harian X