Sabtu, 2 September 2017 | 8:00am

Cergas sepanjang hari

MENGAMALKAN gaya hidup sihat memerlukan ketahanan tenaga daya hidup yang tinggi sepanjang hari. Kini minuman bertenaga Ca'ya(TM) keluaran Cerebos Malaysia, merancang hari anda sebaik-baiknya.

Minuman membangkitkan tenaga harian ini dirumus khas dengan ramuan semula jadi seperti ginseng dan habbatus sauda dengan adunan daripada dua bahan paling mujarab berupaya membekalkan tenaga daya hidup sepanjang hari.

Juga dikenali sebagai jintan hitam, habbatus sauda diyakini khasiatnya sebagai kuasa penyembuh dan memberikan tenaga dan memulih semula tenaga.

Kombinasi herba dan ginseng

Khasiat ginseng berupaya membantu menangani kelesuan. Kombinasi kedua-dua ramuan hebat ini memberi tenaga dan memulihkan sistem imunisasi tubuh pada tahap yang optimum.

Dikeluarkan dengan kajian saintifik menyeluruh selama beberapa tahun, hasil penyelidikan membuktikan 80 peratus dalam kalangan pengguna mengesahkan mereka berasa kurang lesu.

Mereka mendapat lebih tenaga dalam masa 15 minit selepas meminum Ca'ya(TM). Hasil penyelidikan mendapati 70 peratus daripada mereka menyatakan bahawa minuman bertenaga ini memberikan tenaga sehingga lapan jam selepas meminumnya.

Kini anda boleh bersenam di gimnasium dan melepak bersama rakan walaupun selepas satu hari suntuk bekerja atau merancang aktiviti pada hujung minggu tanpa merasa letih.

Tiada kafein

Antara keunikan Ca'ya(TM) adalah kandungan bahan semula jadi serta tanpa kafein, selain tidak megnandungi bahan lemak, pengawet atau pewarna memudaratkan.

Tanpa kandugnan itu menjadikan minuman bertenaga ini sesuai diminum setiap hari dalam mengekalkan tenaga dan daya hidup.

Ca'ya (TM) dijual dalam pek enam botol, (RM34.80) di semua pasar raya besar dan farmasi manakala pek individu (RM5.80) juga boleh dibeli di beberapa kedai serbaneka terpilih. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai produk ini, layari laman web www.caya.com.my atau hubungi Talian Prihatin Pelanggan di 1 300 228 300.

Sumber: Laporan Kajian Ujian Nielsen bertarikh April 2017

Khasiat habbatus sauda

  • Herba bersifat antibakteria meningkatkan sistem imun badan
  • Berupaya menangani serangan penyakit diabetes
  • Berfungsi sebagai agen menstabilkan kandungan gula dalam darah
  • Mengawal proses pembentukan sel kanser dalam badan
  • Membantu membuang angin dalam badan
  • Mengurangkan kesan radang dalam perut
  • Melancarkan proses pencernaan.
  • 230 dibaca
    Berita Harian X