Isnin, 12 March 2018 | 2:39pm
PENGALAMAN memetik bunga daisy curi tumpuan pengunjung - Foto Mohd Yusni Ariffin
PEMANDANGAN mempesona Taman Lavender Cameron Highlands tidak harus dilepaskan - Foto Mohd Yusni Ariffin

Pesona lavender tanah tinggi

PEMANDANGAN memukau dalam taman dilatari bunga-bungaan eksotik hidup liar pada suhu dingin seperti lavender, lazimnya dilihat di negara empat musim seperti di Eropah.

Suasana itu sebenarnya dinikmati di negara kita, tanpa perlu berjalan jauh dan membelanjakan wang yang banyak untuk ke luar negara.

Destinasi percutian tanah tinggi di Cameron Highlands, Pahang menyediakan pemandangan indah ini dalam suasana persekitaran yang nyaman. Pengunjung berpeluang menyaksikan

ribuan kuntum lavender pelbagai warna, selain daisy yang hidup liar dan segar, tenang mata memandang.

Pada mulanya sukar percaya, lavender dan daisy boleh ditanam secara komersial di Tanah

Tinggi Cameron. Selepas melihat sendiri penulis berpeluang menikmati keindahan alam semula jadi dengan bunga-bungaan eksotik akhirnya 'bersatu' di taman indah.

Lebih istimewa, bunga-bungaan yang ditanam di Cameron Highlands, hidup subur dan kelopaknya mekar sepanjang Melangkah ke Taman Lavender Cameron Highlands terletak di pekan Tringkap, pengunjung seolah-olah berada di lautan bunga berwarna ungu kerana kebanyakan spesies lavender di taman itu menampilkan rona terang.

Lavender dengan mharuman semerbak, boleh hidup liar dalam cuaca dingin, namun tidak boleh terlalu terdedah kepada hujan, justeru tamat itu dilindungi kanvas plastik untuk mengelakkan daripada berlebihan air selain membolehkannya mendapat pancaran matahari secukupnya.


CAMERON Lavender antara pusat pelancongan di Cameron Highland. - Foto Mohd Yusni Ariffin

Pesona lavender dengan pelbagai warna terang yang lain seperti merah hati menjadikan kawasan taman itu bercahaya, jiwa kosong pasti terubat dengan keindahan yang memukau.

Peluang bergambar

Lavender Sepanyol berwarna ungu adalah spesies paling popular dan digemari ramai. Spesies ini juga dikenali dengan Lavender Perancis atau Lavender Itali. Spesies ini tumbuh liar di kebanyakan negara Eropah terutama Sepanyol dan Itali, selain di Belanda.

Daripada spesies Lavender Sepanyol saja, ada beberapa jenis iaitu, bellerina, Madrid blue, Madrid purple dan van gogh. Lavender ditanam secara meluas untuk tujuan komersial kerana patinya menghasilkan minyak wangi, selain menghalau nyamuk.

Pengunjung di Lavender Garden Cameron Highlands pasti tidak melepaskan peluang bergambar dan swafoto apabila melewati setiap inci taman berkenaan.

Mereka berasakan seolah-olah berada di Sepanyol, Itali dan Belanda!

Bagi pasangan kekasih atau pengantin baharu, tidak perlu risau untuk mencari destinasi indah merakam detik manis foto perkahwinan kerana sebaik memasuki taman bunga ini, setiap sudut mahupun ruang, menjanjikan pemandangan mempesona.

Pengalaman memetik sendiri bunga daisy, jangan dilepaskan, namun ada sedikit bayaran dikenakan kepada pengunjung. Sekiranya berkunjung ke taman lavender pada hujung minggu, bersedialah berdepan kesesakan lautan manusia yang memenuhi setiap ruang.

Aktiviti lain termasuk sesi minum petang di kafe berdekatan, pengunjung juga berpeluang menikmati persekitaran nyaman dan pemandangan mempesona. Dapatkan ole-ole sebelum pulang sebagai kenang-kenangan.

Selepas menghabiskan masa kira-kira dua jam di 'taman fantasi' tanah tinggi, penulis sarankan destinasi baharu ini sebagai lokasi wajib kunjung jika anda sekeluarga berkunjung ke Cameron Highlands.

1164 dibaca
Berita Harian X