Jumaat, 9 March 2018 | 5:28pm
HOTEL Mei yang dilancarkan pada 4 Oktober 2017 memiliki sebanyak 96 buah bilik dengan empat jenis bilik, iaitu Standard, Deluxe, Family dan Suites.

Nikmatilah Layanan Malaysia bersama Hotel Mei

HOTEL Mei Pulau Pinang dengan bangganya merasmikan Suite Executive Studio dan Studio Executive bersempena sambutan Tahun Baharu Cina baru-baru ini.

Suite Executive hotel ini direka agar tetamu dapat menikmati penginapan atau percutian penuh stail dan santai. Setiap unit suite mampu memuatkan keluarga bersaiz empat hingga enam orang yang ingin beristirahat dengan bergaya. Selain itu, suite Studio hotel juga dilengkapi dengan katil saiz bersaiz king, bilik mandi dan dapur kecil, sesuai untuk pasangan atau pelancong solo yang mahukan ruang kediaman yang lebih besar. Tambahan pula, suite-suite Hotel Mei menawarkan variasi pemandangan bukit, bandar dan laut tanpa halangan.

Hotel Mei yang dilancarkan pada 4 Oktober 2017 memiliki sebanyak 96 buah bilik dengan empat jenis bilik, iaitu Standard, Deluxe, Family dan Suites yang direka dengan konsep minimalis. Setiap bilik dikonsepkan untuk dipadankan dengan gaya ruang tamu terbuka moden yang dilengkapi dengan almari terbuka, bar mini, meja perhiasan atas dan lampu malam. Bagi tetamu luar negara pula, palam kuasa berpiawaian antarabangsa disediakan di semua bilik.

Di samping itu, kemudahan Internet berkelajuan tinggi disediakan di hotel untuk kegunaan tetamu. Untuk tetamu yang memandu kereta, Hotel Mei menyediakan ruang parkir mencukupi yang boleh diakses dengan lif kereta yang canggih. Dan bagi tetamu yang sentiasa kekal aktif dan ingin berhibur, sebuah pusat kecergasan merangkap bilik hiburan akan disediakan pada masa akan datang.

Mengenai Hotel Mei

Hotel Mei Pulau Pinang terletak di persekitaran restoran dan pusat penjaja di Lorong Abu Siti, serta destinasi tumpuan di bandaraya Georgetown. Ianya hanya 30 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Pulau Pinang dan 10 minit pemanduan dari Pelabuhan Pulau Pinang. Hotel ini juga terletak berhampiran kawasan Tapak Warisan Unesco Pulau Pinang.

Di Hotel Mei, semua 96 bilik direka dengan konsep minimalis bagi suasana santai dan keselesaan anda, dilengkap dengan perkakas bilik air dan peti keselamatan digital. Hotel ini juga menyediakan ruang parkir percuma yang boleh diakses melalui lif kereta, akses Wi-Fi berkelajuan tinggi percuma di semua kawasan dan khidmat penyambut tetamu 24 jam.

444 dibaca
Berita Harian X