Isnin, 11 Disember 2017 | 12:20am
PELAKON Mark Hamill (tiga kiri) dan Adam Driver (dua kanan) bergambar bersama AS Rian Johnson (dua kiri), pada tayangan perdana filem Star Wars: The Last Jedi.- Foto EPA

Star Wars: The Last Jedi untuk Fisher

LOS ANGELES: Tayangan perdana pertama siri terbaharu filem Star Wars: The Last Jedi di Los Angeles ditujukan kepada bintang francais itu, mendiang Carrie Fsiher.

"Saya dedikasikan malam ini kepada Carrie," kata pengarah filem itu, Rian Johnson.

Fisher, yang melakonkan watak Jeneral Leia Organa, meninggal dunia pada usia 60 tahun, Disember tahun lalu, selepas menyempurnakan lakonannya dalam The Last Jedi.

Jeneral Leia Organa adalah pemimpin puak Resistance, adalah peranan utama filem berkenaan. - REUTERS

1736 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »