Sabtu, 16 September 2017 | 9:52am
JAMIE Lee Curtis akan melakonkan semula wataknya sebagai protagonis dalam filem 'Halloween'. - Foto Twitter @jamieleecurtis

Jamie Lee Curtis hidupkan semula Halloween

LOS ANGELES: Aktres Jamie Lee Curtis akan melakonkan semula wataknya sebagai protagonis dalam filem 'Halloween', yang akan ditayangkan tahun depan, kata Universal Studios.

Lakonan itu 40 tahun selepas beliau membuat penampilan pertama dalam cerita seram asal dan menjadi 'ratu jerit' Hollywood.

Curtis, 58, sekali lagi akan berlakon sebagai Laurie Strode, pengasuh kanak-kanak yang berhadapan pembunuhan bersiri bertopeng, Michael Myers, dalam filem 'Halloween' 1978 arahan John Carpenter.

Filem 2018 akan menyaksikan watak Curtis berhadapan 'pertembungan terakhirnya' dengan Myers.

Carpenter akan kembali sebagai penerbit eksekutif dan perunding filem baharu itu.

'Halloween' menjadi antara filem Hollywood paling terkenal, dengan sembilan sekuel sejak beberapa tahun lalu, dengan terakhirnya adalah Halloween II pada 2009.

Penampilan terakhir Curtis dalam francais itu adalah pada 2002, Halloween: Resurrection, yang menyaksikan karektornya terbunuh. - REUTERS

459 dibaca
Berita Harian X