Khamis, 11 Oktober 2018 | 9:00pm
FOTO paparan klip video berdurasi 38 saat yang tersebar di laman sosial sejak minggu lalu. Ia dikatakan memaparkan lelaki mirip Ameer hingga menjadi topik hangat netizen.

'Itu bukan saya'

Ketika sibuk ‘bertarung’ dalam program realiti, Gegar Vaganza (GV) musim kelima serta bakal bertunang, anggota kumpulan Forteen, Ameer dihambat kontroversi kononnya beraksi lucah dalam rakaman video 38 saat.

• Menafikan lelaki dalam video itu adalah dirinya.

• Kesal kontroversi video tercetus ketika dia dan teman kumpulan memberi tumpuan kepada GV5.

• Mengaku tidak pernah bermusuh dengan sesiapa.

• Bakal mengikat tali pertunangan dengan kekasih dikenali sebagai Siti Nurnaja’a, lusa.

SHAH ALAM: Anggota kumpulan Forteen, Ameer kesal dikaitkan dengan isu video lucah ketika dia bersama tiga rakannya sedang berusaha mempertahankan kedudukan dalam program realiti, Gegar Vaganza (GV) musim kelima.

Menafikan dia adalah lelaki dalam video berdurasi 38 saat yang tular sejak minggu lalu, Ameer terkilan isu itu dibangkitkan ketika dia bakal mengikat tali pertunangan dengan kekasih yang dikenali sebagai Siti Nurnaja’a, lusa.

“Saya terkejut apabila dimaklumkan mengenai rakaman video itu. Sekali imbas, memang ada iras susuk tubuh saya, tetapi ingin saya tegaskan, individu itu bukan saya. Takkan saya lakukan perkara seperti itu,” katanya kepada BH Plus.


AMEER kesal dikaitkan dengan isu video lucah ketika bakal menjalin pertunangan. - NSTP/Aziah Azmee

Video berdurasi 38 saat itu dikatakan tular sejak minggu lalu. Netizen rata-rata mengaitkan nama Ameer sebagai lelaki terbabit.

Video berkenaan memaparkan seorang lelaki sedang membuka seluar pendek yang dipakai, sambil mengurut alat sulit.

Klip itu turut menampakkan lelaki menunjukkan wajahnya sambil menghisap rokok. Dia dilihat memakai singlet dan berseluar pendek hitam.

Ditemui pada majlis pelancaran produk makanan tambahan keluaran Musclemen Spa, milik rakan sekumpulannya, One, di sini, petang tadi, Ameer mempersoalkan, mengapa isu itu harus dicetus ketika dia dan Forteen sedang berjuang di GV5.

“Saya tidak pernah bermusuh dengan sesiapa dan kesal apa yang berlaku. Lebih menyedihkan, perkara ini timbul ketika saya menanti detik untuk mengikat tali pertunangan. Saya tidak perlu takut kerana tahu, itu bukan saya.

“Saya juga sudah beritahu bakal tunang, apa sahaja boleh berlaku dalam industri seni. Saya kenal dirinya dan dia juga tahu siapa saya. Mohon doakan yang baik-baik," katanya.

Ameer atau nama sebenarnya, Mohd Arif Ameerais Azhar juga meminta perkara itu tidak lagi dikaitkan dengannya kerana dia perlu menjaga hati banyak pihak.

“Saya anggap ini ujian ketika mahu membina ikatan pertunangan. Saya terima dengan tenang. Saya percaya mereka yang rapat kenal siapa saya,” katanya.

Berita Harian X