;
Ahad, 11 Februari 2018 | 9:22pm
SELEBRITI, Shuib Sepahtu dan Siti Sarah pada karpet merah sempena Anugerah Juara Lagu (AJL) akhir ke-32 di Axiata Arena, Bukit Jalil. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
SELEBRITI, Amirah Othman pada karpet merah sempena Anugerah Juara Lagu (AJL) akhir ke-32 di Axiata Arena, Bukit Jalil. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
KUMPULAN Floor 88 pada karpet merah sempena Anugerah Juara Lagu (AJL) akhir ke-32 di Axiata Arena, Bukit Jalil. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
MIMI One Nation Emcees pada karpet merah sempena Anugerah Juara Lagu (AJL) akhir ke-32 di Axiata Arena, Bukit Jalil. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

Tema 'Fesyen dan Muzik' serlah karpet merah

KUALA LUMPUR: Selaras tema 'Fesyen dan Muzik' artis dan selebriti tempatan tampil anggun dan bergaya pada segmen karpet merah pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-32 di Axiata Arena, Bukit Jalil, malam ini.

Kemunculan mereka mencuri perhatian lensa kamera jurugambar dan juruvideo ketika menuju ke pentas khas untuk merakamkan busana digayakan.

Rona hitam dan biru gelap menjadi pilihan ramai selebriti yang tidak mahu dilihat keterlaluan serta dianggap 'selamat' digayakan sesuai dengan acara malam.

Antara selebriti dan artis yang hadir memeriahkan segmen karpet merah adalah Noraniza Idris, Indah Ruhaila, Sufian Suhaimi, Aiman Tino, Shiha, Amira Othman, Nadia Brian, Floor 88, Ifa Raziah, Siti Sarah Rausuddin dan suaminya, Shuib, Sufie Rashid serta Ezlyn.

Nabila Razali yang tampil dengan busana ringkas rekaan Ezuwan Ismail berkata, pemilihan warna cerah dan lembut sebagai tanda sokongan kepada rakan artis yang juga komposer lagunya, Hael Husaini yang mempertandingkan Jampi di pentas AJL 32.

AJL 32 mempertaruhkan 12 lagu yang akan merebut gelaran Juara Lagu. Menariknya, trofi AJL 32 mendapat sentuhan pereka fesyen terkenal tempatan, Rizman Ruzaini bertepatan dengan tema yang diangkat.

Lagu yang bertanding adalah Akhirnya Cinta nyanyian Salma, Aku Cinta (Syamel dan Ernie Zakri), Aku Yang Sebenar (Hazama & The Penglipur Lara), Amboi (Altimet) dan Bayang (Khai Bahar).

Turut berentap lagu Jampi dendangan Hael Husain, Lebih Sempurna (Syamel), Menahan Rindu (Wany Hasrita), Sejati (Azmi Caliph Buskers), Separuh Mati Ku Bercinta (Dayang Nurfaizah), Tergantung Sepi (Haqiem Rusli) dan Warkah Untuk Mu (Ara Johari).

4157 dibaca
Berita Harian X