Isnin, 14 Ogos 2017 | 3:21pm
Remy Ishak.

Remy Ishak 'hilang' daripada media sosial

KUALA LUMPUR: Aktor Remy Ishak mengaku lebih selesa memberi tumpuan kepada kerjaya tanpa 'gangguan' media sosial.

Remy atau nama penuhnya, Mohammad Zalimie Ishak, 34, mengaku kurang aktif mengendalikan akaun Instagram kerana terikat dengan jadual kerja yang padat.

"Fokus buat masa ini adalah kerjaya seni. Saya sibuk hingga tidak ada masa memuat naik gambar dan sebagainya dalam akaun media sosial.

"Saya masih terikat dengan penggambaran drama Dosa di Indonesia. Rasanya lebih baik saya memberi sepenuh perhatian terhadap perjalanan kerjaya.

"Sesetengah artis menggunakan media sosial untuk mendekati peminat, namun buat masa ini, saya lebih selesa menghargai penyokong melalui produk lakonan saja," katanya kepada BH Online.

Selain Remy, mini siri Dosa turut menampilkan Datuk M Nasir, Hisyam Hamid dan Ashraf Sinclair sebagai teraju utama.

4734 dibaca
Berita Harian X