Isnin, 17 Julai 2017 | 6:10pm
SHAH ALAM 10 JUNE 2017. Pelakon, Izreen Azminda bersama Anak, Adrian Umar pada majlis iftar Ramadhan Tautan Kasih anjuran Al Munawwarah dan Persatuan Wartawan & Penulis Hiburan Malaysia di Shah Alam Convention Center. NSTP/NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN.[FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN /BH]

Tiada istilah saya hendak berhenti berlakon - Izreen

KUALA LUMPUR: Memperlahankan rentak dalam dunia lakonan, pelakon berstatus ibu tunggal beranak satu, Izreen Azminda menafikan mahu melupakan bidang seni.

Memberitahu BH Online, Izreen mengaku dengan kedudukannya sekarang, dia perlu lebih realistik dalam memilih tawaran serta merancang masa depan demi anak tersayang.

"Tiada istilah saya hendak berhenti berlakon. Cuma menjadi ibu tunggal, saya perlu realistik dengan apa yang datang di depan mata.

"Sekarang kita lihat ramai artis meneroka dunia perniagaan... Saya juga tak ketinggalan. Selain itu, alhamdulillah, rezeki saya menjadi duta produk kecantikan mencurah-curah," katanya.


SHAH ALAM 10 JUNE 2017. Pelakon, Izreen Azminda bersama Anak, Adrian Umar pada majlis iftar Ramadhan Tautan Kasih anjuran Al Munawwarah dan Persatuan Wartawan & Penulis Hiburan Malaysia di Shah Alam Convention Center. NSTP/NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN.[FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN /BH]

Muncul dengan sebuah telefilem sempena Aidilfitri baru-baru ini, Izreen berkata, dia menimbang projek baharu dan kembali aktif.

"Saya memang mahu aktif semula dan ada tawaran yang belum disahkan. InsyaAllah, bulan depan saya sudah kembali ke lokasi penggambaran," kata ibu kepada Adrian Umar ini.

Dalam perkembangan terbaharu, Izreen berkata, dia dilantik menjadi duta produk pembersihan wanita yang dikenali sebagai Poora.

"Jangan harap muka saja elok, tapi bahagian lain 'ke laut' (diabaikan)... Biar seimbang semuanya," katanya yang tidak sabar berkongsi kelebihan produk Poora kepada peminat.

Berita Harian X