Ahad, 13 Mei 2018 | 11:16pm
PENGARAH, Heykal Hanifah memenangi Anugerah Pengarah Pilihan-Drama Titian Cinta pada Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, malam tadi. - Foto Rohanis Shukri
PELAKON, Asfan Shah memenangi Lagu Tema Pilihan Sumpah Cintaku pada Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, malam tadi. - Foto Rohanis Shukri
PELAKON, Zul Huzaimy memenangi Drama Pilihan Radio pada Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, malam tadi. - Foto Rohanis Shukri
PENGARAH, Shiela Rusly dan Jinggo memenangi Anugerah Drama Pilihan-Dekatkan Jarak Kita pada Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, malam tadi. - Foto Rohanis Shukri
PELAKON, Janna Nick dan Zul Ariffin memenangi Anugerah Aktres Pilihan dan Aktor Pilihan pada Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, malam tadi. - Foto Rohanis Shukri
PELAKON, Aida Jebat dan Shafik Kyle memenangi Anugerah Pasangan Pilihan pada Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, malam tadi. - Foto Rohanis Shukri

Dekatkan Jarak Kita ungguli DFKL 2018

PUTRAJAYA: Drama Dekatkan Jarak Kita dinobatkan sebagai Drama Pilihan, Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2018 pada acara yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, malam tadi.

Drama terbitan JS Pictures itu menjadi pilihan pengundi yang turut mengangkat gandingan utamanya, Syafik Kyle dan Ayda Jebat sebagai Pasangan Serasi.

Drama adaptasi cerpen tulisan Syu Ariani itu mendapat sentuhan pengarah, Azman Yahya dan ditayangkan bermula 21 November lalu menerusi slot Samarinda.

Sementara itu, drama Titian Cinta mendominasi kemenangan apabila menggondol empat trofi menerusi kategori Pengarah Pilihan (Heykal Hanifah), Skrip Pilihan (Farhana Fauri) dan Lagu Tema Pilihan, Sumpah Cintaku nyanyian Asfan.

Tuah turut menyebelahi pelakon utamanya, Zul Ariffin apabila dipilih peminat sebagai Aktor Pilihan. Namun, gandingannya dalam drama itu, Farah Nabilah gagal mengungguli trofi Aktres Pilihan apabila tewas di tangan Janna Nick menerusi lakonannya dalam Biar Aku Jadi Penunggu.

Kategori Antagonis Pilihan pula menjadi milik Shukri Yahaya yang memenanginya menerusi drama Andainya Takdir.

Anugerah DFKL 2017 yang disiarkan secara langsung menerusi TV3 menampilkan gandingan Ajak (Shiro) dan Nabila Huda sebagai pengacara.

Senarai pemenang DFKL 2018:

* Drama Pilihan: Dekatkan Jarak Kita (JS Pictures Sdn Bhd)

* Pengarah Pilihan: Heykal Hanifah (Titian Cinta)

* Aktor Pilihan: Zul Ariffin (Titian Cinta)

* Aktres Pilihan: Janna Nick (Biar Aku Jadi Penunggu)

* Pasangan Pilihan: Syafiq Kyle dan Ayda Jebat (Dekatkan Jarak Kita)

* Antagonis Pilihan: Syukri Yahya (Andainya Takdir)

* Skrip Pilihan: Farhana Fauri (Titian Cinta)

* Lagu Tema Pilihan: Sumpah Cintaku (Titian Cinta-Asfan)

* Drama Pendek Pilihan: Manikam Dalam Lipatan

* Drama Radio Pilihan : Bukan Cinta Biasa (Kool FM)

* Drama Pilihan Tonton VIP: Zahir Tak Terucap (Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd)

* Selfie Paling Drama: Ain Edruce

4898 dibaca
Berita Harian X