Sabtu, 22 Julai 2017 | 7:58am

Linkin Park batal konsert jelajah


KUMPULAN rock terkemuka Amerika Syarikat (AS), Linkin Park. - Foto Reuters

LOS ANGELES: Kumpulan rock terkemuka Amerika Syarikat (AS), Linkin Park, membatalkan konsert jelajah Amerika Utara berikutan kematian penyanyi utamanya, Chester Bennington.

"Kami amat sedih mendengar berita kematian Chester Bennington. Konsert Jelajah Amerika Utara The Linkin Park One More Light dibatalkan manakala bayaran balik boleh didapati di tempat pembelian.

"Kami bersimpati dengan semua yang terbabit," kata promoter konsert, Live Nation, dalam satu kenyataan.

Bennington, 41, ditemui mati selepas menggantung diri di kediamannya di selatan California semalam tetapi tidak meninggalkan sebarang nota, kata pejabat koroner Los Angeles semalam.

Ia berlaku seminggu sebelum kumpulan itu dijadualkan memulakan konsert bermula di Mansfield, Massachusetts, 27 Julai ini. - Reuters

8026 dibaca
Berita Harian X